Eyra Hazali tunjuk cara solat sambil dukung anak

Baru beberapa bulan bergelar ibu, pelakon Eyra Hazali mencu-ri tumpuan netizen selepas memuat naik rakaman video menunaikan solat sambil mendukung anaknya, Muhammad Hayder Qhalish,5 bulan.

Jelas pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 22, tindakannya mendukung anak ketika solat kerana Hayder hanya akan berhenti men-angis sekiranya didukung.

“Sebelum ini memang tak tahu caranya sebab apabila Hayder meragam dia akan menangis ter-uk dan saya biarkan saja sampaikan terfikir tidak ada cara lain untuk mendiamkannnya?

“Alhamdulillah, saya jumpa cara yang sangat mudah. Dukung, tetapi jika dia masih men-angis, tenangkan saja sebab tak batal pun janji khusyuk dan aurat terjaga,” katanya dalam satu entri Instagram.

Tambah pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu, walau apa pun terjadi, solat wajib ditunaikan namun semuanya boleh disesuaikan mengikut keadaan.

“Solat itu wajib, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun dan pasti ada cara yang menyenangkan kerana Islam agama yang mudah.

“Susah juga macam ini sebab akan susah hati apabila dia men-angis kuat tambahan pula dia memang manja sangat sampaikan hendak dukung saja.

“Tengoklah Hayder, waktu didukung elok saja tetapi bila letak saja, mengada-ngada nak guling juga. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua,” katanya lagi.

Eyra mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim(JDT) pada 1 November 2019.

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahayamata pertama, Hayder pada 14 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, menurut panduan bersolat sambil mendukung bayi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Islam membenarkan solat sambil mendukung bayi sama ada untuk solat fardhu atau sunat tetapi dengan syarat-syarat tertentu.

Sekiranya ingin menunaikan solat dengan cara tersebut, lampin bayi perlu dipastikan bersih daripada sebarang najis.

Manakala, sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat sekiranya sedang mendukung bayi.

Ketika hendak sujud pula, bayi perlu diletakkan di sebelah dan sujud seperti biasa. Selesai sujud kedua, bayi boleh didukung semula sebelum memulakan rakaat seterusnya.

Nyata perkongsian Eyra mendapat respon positif dari peminat nya.

Syabas Eyra. Semoga terus berkongsi info bermanfaat.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo