Pusat Kuarantin MAEPS sesak

Petugas imigresen yang terlibat dalam kawalan pes-akit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawa-tan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) didak-wa mengalami tek4nan kerana kekurangan kakitangan bertugas.

Menurut laporan Utusan Malaysia, jumlah pes-akit Covid-19 yang tinggi menyebabkan pegawai Imigresen tert-ekan kerana tidak mampu memenuhi garis panduan penguatkuasaan membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sehingga ke hari ini,kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawa-tan COVID-19 Berisik0 Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, telah dipertingkatkan dengan penambahan sebanyak 3,032 buah katil.

Timbalan Ketua Pengarah Kesi-hatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah katil disediakan di PKRC kini sebanyak 6,132.

Beliau berkata, kapasiti katil akan terus dipertingkatkan sehingga 10,000 untuk mengikut keperluan semasa.

“Peningkatan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa dua melalui pembukaan dewan baharu ini diperlukan kerana pertambahan kes positif C0VID-19 yang berterusan,” katanya dalam perkongsian di laman Facebook KKM sebentar tadi.

Sementara itu tvlar beberapa foto di MAEPS yang penuh sesak dengan pesakit covid yang perlu menjalani kuarantin.

 

 

 

Sumber:Utusan via Kiniairnws