Ramai artis Bollywood seperti Shah Rukh Khan dan Amir Khan memiliki barang ikonik tetapi akhirnya dilelong kepada umum kebanyakannya untuk jualan amal.
Selain mereka, sebilangan artis Bollywood yang lain juga pernah melelong beberapa barang ikonik yang menunjukkan personaliti artis itu sendiri. Walaupun ditawarkan dengan harga tak masuk akal, tetapi tetap mendapat sambutan.
Jom kita lihat harga lelong barangan peribadi artis Bollywood ini.
1)Madhuri Dixit
Sebahagian besar filem yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali selalunya akan dibelanjakan secara berlebihan. Dalam filem Devdas yang ditayangkan pada tahun 2002, lehenga atau pakaian two pieces yang dipakai oleh Madhuri Dixit akan dilelong. Biasanya pakaian tersebut akan terjual dengan cepat dan dibeli oleh peminatnya.
2)Akshay Kumar
Akshay Kumar bukan hanya terkenal dengan penampilannya yang hebat tetapi juga kerana sifat keperibadiannya yang baik.
Dalam satu adegan dari filem Oh My God (2012), Akshay mengenakan sut yang kemudiannya dihantar ke laman web dan dilelong dengan harga lebih RM80 ribu. Jumlah tersebut akhirnya terkumpul dan diserahkan kepada sebuah organisasi untuk tujuan pendidikan.
3)Salman Khan
Bukan hanya kostum yang dilelong, malah tuala milik Salman Khan juga yang dipakainya dalam lagu Jeene Ke Hai Char Din turut dilelong. OMG!
Menurut kata peminat, setiap barangan yang digunakan oleh Salman Khan tidak ternilai harganya. Tuala ini juga memasuki portal dalam talian dan dilelong dengan harga sekitar RM8 ribu dan dana tersebut telah disalurkan ke salah satu NGO.
4)Shammi Kapoor
Shammi Kapoor yang memakai jaket coklat dalam lagu Chahe Mujhe Koi Junglee Kahe (1961). Jaket itu telah dilelong dan dijual denga harga sekitar RM5 ribu. Dilaporkan jaket tersebut dibeli oleh Aamir Khan.
5)Aamir Khan
Filem Lagaan yang telah ditayangkan pada tahun 2001, telah mendapat sambutan yang positif dari segi jalan ceritanya.
Filem ini berjaya dicalonkan dalam Anugerah Oscar. Dalam filem ini, tongkat yang digunakan oleh Aamir Khan dan pasukannya telah dilelong dengan harga sekitar RM8 ribu. Dikatakan wang itu juga digunakan untuk tujuan amal.
6)Shah Rukh Khan
Lukisan doodle milik Shah Rukh Khan ini dikatakan sebagai karya seni oleh salah seorang peminatnya. Coretan tangan itu telah dilelong dengan harga sekitar RM10 ribu.
Karya seni itu juga dilelong di Osian’s Greatest Indian Show dan mempunyai wawasan yang unik mengenai dunia Bollywood. Grafiti yang mempunyai tandatangan Shah Rukh Khan itu merupakan alasan mengapa ia dilelong dengan harga yang tinggi.
Sumber:Murai