Lebih 4 dekad, Pak Ngah masih ingat kenangan pahit manis bersama ‘daddy’ P.Ramlee

Tidak dinafikan walaupun sudah lebih 4 dekad seniman agung Tan Sri P.Ramlee meniggalkan kita,lagu dan filem-filem lakonan beliau masih malar segar sehigga kini.

Bagi peminat filem Allahy4rham iaitu filem Pendekar Bujang Lapok mesti masih mengingati babak di mana Ramli(P.Ramlee) diserag “hantu gigi” ketika sedang bertapa di tepi sebuah kubvr bagi melengkapkan ilmu persilatan yang dipelajarinya dari Wak Mustar.

Rupanya watak tersebut dimainkan oleh salah seorang anak angkat Allahy4rham, iaitu Ngah Mohamad, 82 atau lebih mesra dipanggil Pak Ngah.

Ramai yang tidak mengetahui hubungan istimewa Pak Ngah dengan lagenda negara itu dek kerana Pak Ngah sendiri yang tidak mahu dirinya dikenali media walaupun sudah beberapa kali dia diminta untuk ditemuramah sebelum ini.

Ketika membawa beberapa album gambar untuk dikongsi, ada manik-manik jernih bergenag di sebalik kaca mata Pak Ngah, namun cuba disembunyikannya dengan selirik senyuman.

“Saya terlalu s3dih, malah setiap kali melihat cerita P. Ramlee, saya jadi seba4k dan lari daripada menonton televisyen,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Mengimbas kembali saat pertemuannya dengan seniman agung tersebut yang dipanggilnya Daddy,Pak Ngah yang berasal dari Kampung Durian Mas, Manir, Terengganu berkata ia bermula semasa beliau mengikuti rombongan pementasan bangsawan A.R Tompel (Aman Ramlie Jaafar) dari Terengganu ke Singapura ketika umurnya 13 tahun.

Oleh kerana pementasan di Singapura kurang mendapat sambutan, Tompel ke Sabah untuk meneruskan persembahan, namun mening-galkan Pak Ngah seorang diri di Singapura.

Dengan berbekalkan duit sebanyak RM2 oleh Tompel untuk belanja makan,Pak Ngah dijanjikan akan dibawa ke Sabah kemudian.

Ketika itulah Pak Ngah terserempak dengan pelakon, Siti Mariam Ismail atau “Mariani” yang membawanya berjumpa P. Ramlee bagi mendapatkan pekerjaan.

P. Ramlee bertanya kepadanya sama ada beliau boleh menghafal dialog, namun Pak Ngah menggelengkan kepala kerana beliau tidak pernah bersekolah.

Bagaimanapun, P. Ramlee membantunya mendapatkan peranan “Pak Pacak” (pelakon tambahan) termasuk dalam filem Panggilan Pulau (1954) dan Hang Tuah (1955) dengan bayaran RM20 sebabak.

P. Ramlee turut bertanya kenapa beliau mengembara jauh dari kampung halaman, dan Pak Ngah menjawab kehidupan di kampung begitu svkar sehinggakan hendak makan nasi pun hanya seminggu sekali.

“Mungkin kerana simp-ati, P. Ramlee kemudian mengajak saya tinggal bersama di rumahnya di Jalan Ampas,” cerita Pak Ngah dengan linangan airmata.

Terang Pak Ngah lagi,ketika usianya mencecah 18 tahun, beliau kehila-ngan sebelah penglihatan akibat tevruk dibe-lasah oleh sekumpulan lelaki yang cuba menyamvun duit hasil lakonannya.

Bukan itu sahaja, beliau turut ditik4am dengan sebilah pisav di bahagian belakang badan.

Akibat daripada kejadian itu, P. Ramlee meminta Pak Ngah berhenti dan duduk di rumah.

Ketika usia Pak Ngah hampir menjangkau 20 tahun, P. Ramlee mencadangkan Pak Ngah bernikah dengan Normah Yusof, iaitu anak angkat P.Ramlee dengan isteri keduanya, seniwati Noorizan Mohd Noor.

Pak Ngah pada mulanya tidak bersetuju namun kemudian akur dengan hasrat bapa angkatnya itu sebelum berpindah tidak lama kemudian.

“Beliau meminta saya untuk terus tinggal bersamanya, tetapi saya fikirkan saya sudah berumah tangga, kenalah mulakan kehidupan sendiri,” katanya.

Pak Ngah megalami kesukaran untuk mendapatkan kerja sebelum berpindah ke Beserah, Kuantan di mana kemudiannya beliau diterima bekerja di sebuah kilang papan.

Katanya selepas itu beliau ada menemui P. Ramlee di Kuala Lumpur dan seniman agung itu bertanyakan keadaannya dan mengajak beliau tinggal bersamanya, namun Pak Ngah menolak.

Tidak hanya di situ, P.Ramlee juga pernah mengirimkan wang kepadanya melalui alamat yang diberikan.

Namun ketika akhir hayat P.Ramlee, Pak Ngah terkilan kerana tidak dapat menziarah insan yang banyak berjasa kepada dirinya itu disebabkan oleh pelbagai kekagan.

Allahyarham P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun akibat seragan jantung.

Pak Ngah hanya mampu menziarahi pusara bapa angkatnya itu di Jalan Ampang seminggu kemudian.

Pak Ngah kini tinggal bersama isteri keduanya, Fatimah Mat Min, 67 tahun.

Antara lain memori yang tidak mungkin dilupakannya ketika tinggal sebumbung dengan seniman tersohor itu, Pak Ngah berkata,pernah satu ketika P. Ramlee berlari keluar dari bilik air dengan hanya mengenakan tuala, lantas terus ke piano dan mengalunkan bunyi muzik ketika mendapat ilham menghasilkan lagu.

Selain itu, katanya, Allahyarham juga lebih menyenangi kehidupan bergaul dengan orang biasa daripada orang kenamaan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:mStar via Ct Ros Dani