Bernikah pada hujung tahun lalu,Akhmal Nazri, 29, yang popular menerusi watak Jibam dalam sitkom Oh!My English pasrah sekiranya majlis resepsi perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung April ini terpaksa ditvnda susulan Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) di enam negeri ketika ini.
Akhmal yang kini lebih dikenali sebagai pengacara berkata, walaupun majlis resepsi adalah perkara yang diimpikan setiap pasangan yang baru bernikah, namun dia reda dengan keadaan situasi negara yang kini berpe-rang dengan penularan Covid-19.
Katanya, sekiranya PKP terus berlanjutan sehingga tarikh resepsi yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, tiada apa yang mampu dia lakukan.
“Perasaan yang bermula dengan rasa teruja kini berubah menjadi pasrah seandainya majlis itu terpaksa dilanjutkan ke tarikh lain. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya. Sekarang ini kita semua sedang berdepan dengan wa-bak yang begitu dahsyat.
“Apapun saya hanya mengharapkan semoga segala urusan dipermudahkan supaya kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam keadaan sekarang kita perlu bersatu untuk memutuuskan rantaian Covid-19,” katanya.
Menurut Akhmal, dia enggan melayan perasaan dengan apa yang berlaku walaupun persiapan perkahwinan perlu dibuat beberapa bulan sebelum majlis.
“Kalau diikutkan majlis pernikahan saya yang berlangsung pada 31 Disember lalu sudah tiga kali ditunda. Asalnya nak adakan pada bulan Ogos, kemudian November sehinggalah dibawa ke Disember. Namun, saya harap majlis resepsi kali ini tiada apa yang menghalang sebab perancangannya bukan ambil masa yang sekejap,” katanya.
Akhmal melangsungkan pernikahan dengan bekas peserta AF2015, Lyssa Jean, 28, pada 31 Disember lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang sebelum mengadakan upacara menyarung cincin di SkyGlass, Cyberjaya tanpa ahli keluarga dan tetamu.
Baru pulang dari Langkawi yang menjadi destinasi bulan madu, Akhmal tidak mempunyai perancangan untuk memiliki zuriat dalam waktu terdekat.
“Soal anak saya serahkan kepada rezeki. Kalau boleh saya nak enam orang anak tetapi semunya kami serahkan kepada ketentuan takdir.
Kerjaya seni saya selepas ini juga berjalan seperti biasa. Cuma ketika ini tergendala sekejap sebab PKP. Apapun saya mengharapkan agar perkahwinan ini bahagia sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Sumber:HM