“Tidak ku minta lahir ke dunia, tidak ku pinta c4cat begini”- itu antara bait-bait lagu yang cukup menggambarkan tentang pend3ritaan seorang kanak-kanak istimewa, Norhidayah Fatihah, 5, yang mengalami Facial Cleft atau sumbig muka sejak lahir.
Lebih memilvkan lagi, ibunya adalah seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan dan k0s yang cukup untuk menampung perbelanjaan harian mereka.
Seorang pengguna Faceb00k, Sharizatul Shema Hashim, merungkai kisah hidup anak istimewa ini.
Tulis Sharizartul,
“Alhamdulillah dengan izinnya aku kuatkan diri utk ziarah anak syurga ini sebentar tadi. Masa aku sampai dengan pakai topeng muka, dia lari ke dapur cari mak dia.Dia bagitau dia takut ada doktor datang. Alahai sayang auntie bukan doktor.
Kalau ikut auntie pun tak mahu pakai topeng muka ni, naik lemas dah. Pada yang cakap orang-orang kampung atau orang-orang sekeliling tak ambil peduli pada adik ni, tolong hentikan fitn4h anda!
Iya betul rumah anak syurga ni dalam kampung aku. Tapi memandangkan bulan Februari hari tu mereka baru balik mari tinggal sini, mana la orang yang nak kenal sangat. Tambahan pula, sekarang ini semua orang kena berkurung kan. Ok sis tak mahu berletiaq panjang mulut manusia biasalah selagi tak kata mengata, tak sempurna hi dup mereka.
Nama anak syurga ni Norhidayah Fatihah Binti Mohamad Sejawi. Umur dia 5 tahun dan mengalami Facial Cleft (sumbig muka) sejak lahir. Setakat ni Hidayah telah menjalani pembed-ahan sebanyak 2 kali untuk memuli-hkan wajahnya.
Beliau tinggal dengan ibunya yang merupakan ibu tungal bersama kakaknya yang berusia 6 tahun dan neneknya.
Sebelum ni mereka menetap di Klang dan baru saja pulang ke kampung pada Februari lalu. Ibunya masih tidak berkerja sejak pulang ke kampung. Kata ibu Hidayah, beliau sangat-sangat berharap ada yang sudi menghulurkan bantuan untuk membeli susu dan juga ubat-ubatan Hidayah.
Apabila aku memberitahu yang aku ingin membantu mereka, ibu muda tersebut memesan pada aku,
‘Kak jgn masuk dalam Faceb00k ya, nanti teruk saya diba-han kak. Macam sebelum ni, ada yang cakap saya gunakan anak utk raih sim-pati orang dan tak nak usaha sendiri. Saya masih berusaha mencari kerja kak tapi kak fahamlah dengan Perintah Kawal-an Pergerakan ni susah lah kak’.
Aku senyum memandang ibu Hidayah dan aku katakan pada dia. ‘Nor zaman sekarang, kita susah ke senang ke cantik ke hodoh ke tetap org menga4ta. Jangan peduli tu semua hanya Allah yang tahu apa ada dalam hati kita.’
Dalam masa kami berborak, aku sempat usik Hidayah dengan bertanya ‘Hidayah nak sekolah tak? Tiba-tiba air mukanya berubah seperti ada sesuatu yang menyentuh perasaannya. Ibunya memberitahu yangg sebelum ni mereka selalu ke taman permainan untuk bermain.
Tetapi setelah ada anak-anak kecil yang menjerit apabila melihat wajahnya dan mengejek Hidayah dengan panggilan ‘Z0mbie’, dia tidak lagi mahu keluar rumah dan katanya tidak mahu ke sekolah kerana wajahnya seperti h4antu.
Air mata aku tiba-tiba mengalir laju. Maafkan auntie sayang, soalan auntie tadi bukan berniat untuk menghina ciptaan Allah. Menurut ibunya lagi pada bulan Julai lalu Hidayah membuat pembed-ahan dibahagian muka & lelangit. Hal inilah yg membuatkan ibu muda ini sekali lagi sebak memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan kos rawa-tan yang di anggarkan sebanyak RM3000.
Aku sekali lagi berjanji akan membantu keluarga kecil ini selagi terdaya. Semoga insan kecil ini sentiasa sihat dan menjadi manusia yg berguna suatu hari nanti. Amin!
Sumber: Sharizatul Shema Hashim