Jawab hubungan dengan Bunga Citra Lestari,Ariel Noah belum sedia nikah

Memetik laporan Liputan6, sepanjang 12 tahun bergelar duda, Ariel Noah pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti terkenal seperti Luna Maya dan juga Sophia Latjuba.

Yang terkini, Ariel dikatakan sedang bermadu kasih dengan penyanyi dan pelakon jelita, Bunga Citra Lestari (BCL).

Dalam satu temu bual bersama Anya Geraldine menerusi saluran YouTube, Ariel berkata, dia perlu mempersiapkan diri jika mahu berkahwin lagi. Namun sehingga kini, dia masih belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau nak berkahwin lagi, saya perlu bersedia. Tetapi nampaknya saya masih lagi belum terfikir untuk ke arah itu (berkahwin),” katanya.

Heboh di laman s0sial apabila nama Ariel dipetik bakal bertemu jodoh dengan rakan selebritinya itu.

Namun baik Ariel mahupun Bunga, kedua-dua mereka menafikan hubungan itu dan menganggap hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosm0