Meniggal ketika bertugas, Dr Ali dipercayai tidak cukup rehat

Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesi-hatan Malaysia (KKM) dilap0rkan meniggal dunia, kelmarin dipercayai kerana tidak cukup rehat.

Berita itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jena-zah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kema-tian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

SPJM turut berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatvh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain keku-rangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Difahamkan Allahy4rham tertidur ketika bertugas dan pengsan.

Menurut SPJM lagi, Allahyarham adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jena-zah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas per-ubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber:HM