Deja Moss bakal ikut suami berhijrah ke Amerika Syarikat

Diam tak diam sudah hampir dua tahun penyanyi Deja Moss mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan berketurunan Amerika-Syria, Maher Alkhani.

Sehubungan dengan itu juga dikhabarkan Deja akan berhijrah ke Amerika Syarikat mengikut suaminya itu yang menetap di sana.

Pasangan ini berkenalan melalui rakan mereka yang menetap di Amerika Syarikat. Selepas itu mereka berdua meneruskan mengenal antara satu sama lain melalui telefon sahaja sehinggalah Maher melamar Deja untuk dijadikan isteri.

Bercakap mengenai penerimaan keluarga Maher, Deja berkata, pada awalnya ibu mentua terkejut bila mengetahui dia seorang penyanyi.

“Pada mulanya ibu mentua agak terkejut bila tahu saya seorang penyanyi. Dalam fikirannya menganggap penyanyi wanita di Malaysia ini sama seperti penyanyi dan penari gelek di negara mereka yang se3ksi dan s0sial. Tapi setelah suami terangkan dan beri dia tonton setiap persembahan saya dalam media s0sial, barulah dia faham.”- katanya.

Deja juga gembira kerana anak-anak suaminya dapat menerima dirinya sebagai ibu yang baharu. Deja berkata, perbezaan budaya bukanlah menjadi masa-lah besar untuk menjadikannya sebagai isteri.

Sudah memadai jika wanita pilihannya adalah seorang Muslim berhijab dan memenuhi kriteria yang diinginkan.

Sebelum ini, Deja pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin pada Mac 2008, namun bercer-ai dengan talak satu pada Oktober 2018. Deja dan Azfendy tidak dikurniakan anak.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Murai