Setelah rumahtagganya dengan warga Brunei bernoktah pada tahun 2019, Azlee Khairi mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita selain mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni yang sedang berjalan seperti biasa.
Biarpun enggan terlalu bercerita mengenai kisah peribadi kepada umum, namun Azlee berkata dia tetap akan berkongsi sekiranya dia mempunyai perancangan untuk berkahwin.
Selepas menduda, Azlee pernah dig0sipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Zara Zya ketika membintangi drama berjudul Seadaanya Aku pada tahun lalu namun mereka mena-fikan dak-waan tersebut.
“Sekarang ini, saya tak ada ikatan atau hubungan dengan mana-mana wanita. Tapi saya tengah mengenali hati budi seseorang.
Memandangkan karier seni masih berjalan seperti biasa, saya nak fokus pada kerjaya dahulu.
“Pada saya, tak semua orang boleh faham atau nak cuba faham apa yang saya lalui tapi wanita yang saya tengah kenal ini, dia memahami dan saya suka cara dia.
“Cuma, soal bercinta atau berkahwin sekali lagi bukanlah satu keutamaan untuk saya. Saya tidak mahu terlalu beriya memikirkan soal itu. Insya-Allah, saya akan umum jika nak kahwin.
“Saya pun tak nak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum, sebab kita pun tak tahu kadang-kadang terlalu bercerita ini boleh buat orang tak suka dan irii hati dengan kita,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK
Sumber: mstar