Pelakon Elisya Sandha bertunang dengan anak Sheila Rusly

Penerbit dan pelakon Sheila Rusly terh-aru apabila hubungan pelakon Elisya Sandha dengan anak lelakinya, Uzair Haqimy melagkah ke satu fasa apabila mereka kini sudah bertunang.

Menerusi perk0ngsian dalam Instagramnya, penerbit itu memvat naik sekeping gambar dia berpelukan dengan seorang wanita yang berpakaian putih seperti pengantin di atas sebuah pelamin.

Meskipun tidak menunjukkan wajah, namun rata-rata peminat yakin wanita itu adalah Elisya berdasarkan kapsyen ringkas yang ditulisnya berbunyi: “Alhamdulillah.”

Perkara berkenaan kemudian dis-ahkan oleh suami Sheila sendiri, penerbit dan pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya yang berk0ngsi berita pertunangan anaknya menerusi sebuah video.

Dalam video berkenaan, Elisya yang kelihatan men-angis diapit oleh ibunya, Hatijah Teh Man dan Sheila dalam persalinan serba putih.

Sementara kelibat Uzair yang mengenakan pakaian sedondon berwarna putih pula cuma dapat dilihat dari belakang.

“Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.

Perkongsian pasangan itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang teruja melihat mereka akan menerima kehadiran menantu sulung dalam keluarga tidak lama lagi.

Sumber:Kosmo