Keluarga angkat akur, ‘Adik’ dikebvmikan di Melaka

Jena-zah kanak-kanak dipercayai magsa d3ra, Zubaidi Amir Qusyairi,7,
selamat dikebu-mikan di Tanah Perku-buran Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, di sini, jam 12.40 tengah hari tadi.

Ketibaan jen-azah menggunakan van disediakan masjid kariah Simpang Bekoh itu turut diiringi beberapa ahli keluarga kandung dan keluarga angkat magsa.

Sebelum itu, jena-zah Amir atau mesra dipanggil ‘Adik’ itu tiba di Madrasah Asy-Syakirin, Kampung Simpang Bekoh, jam 11 pagi untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Turut hadir, ahli keluarga angkat magsa, termasuk ibu bapa angkatnya, Norlida Abu Hassan dan Md Tarmidi Yaaccob.

Polis dilihat mengawal ketat kawasan madrasah dan tanah perku-buran dengan hanya ahli keluarga serta beberapa penduduk kampung dibenarkan memasuki kedua-dua lokasi berkenaan.

Wakil media yang membuat liputan pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan atas permintaan keluarga kandung.

Terdahulu, jen-azah dibawa dari Hospital Melaka kira-kira jam 10 pagi selepas dituntut wakil keluarga kandung magsa.

Keluarga angkat terpaksa akur dengan keputusan dicapai menerusi perbincangan kedua-dua pihak, lewat malam tadi.

Norlida dan Md Tarmidi sebelum ini dilaporkan memohon kebenaran keluarga kandung magsa supaya jen-azah dikebvmikan di Rawang, Selangor, namun dit0lak.

Proses bed-ah sias-at may-at kanak-kanak itu bermula kira-kira jam 11 pagi semalam sebelum selesai jam 10 malam tadi.

Polis mengesahkan terdapat beberapa kesan le-bam, termasuk lvka lama dan baharu pada anggota badan magsa, khususnya di kepala serta belakang badan kanak-kanak malag itu.

 

 

 

 

 

Sumber:HM