Suami asyik balik ke rumah ibu lepas dapat anak sulung, rupanya ini yang dia buat

Gambar sekadar hiasan

Kisah yang diceritakan oleh Hasni (bukan nama sebenar) ini merupakan pengakuan ikhlas seorang isteri terhadap perangai suami yang amat dicintainya.

Hasni bukan sahaja berdepan dengan masalah suami yang tidak setia tetapi juga sikap mentua yang asyik menangkan anaknya walaupun anaknya itu telah terang-terang mengabaaikan tanggungjawabnya.

“Kisah saya bukan istimewa sangat tetapi saya yakin ia mungkin turut dialami wanita di luar sana yang sedang berge-lut dengan perasaan untuk mempertahankan rumah tangga mereka. “Nama saya Hani berusia 20-an dan telah berkahwin dua tahun lalu dengan lelaki pilihan hati saya. Alhamdullilah kehadiran cahaya mata ini memberi sinar baharu kepada saya. Tetapi suami pula menerimanya sebagai satu b3ban.”

Cerita Hani lagi, dia berkahwin atas dasar suka sama suka setelah empat tahun bercinta sejak dari zaman universiti lagi. Perkahwinan mereka juga direstui keluarga kedua belah pihak pada awalnya.

“ Di awal perkahwinan memang tiada masa-lah, namun setelah saya melahirkan anak sulung kami, keadaan mula berubah. “Suami mula berubah. Dia banyak menghabiskan masa di rumah ibunya. Rupa-rupanya saya mendapat tahu sepupu yang pernah menjadi tunangannya dulu tinggal bersama ibunya sementara mencari rumah sewa kerana dia mendapat kerja di Kuala Lumpur.

“Empat bulan keadaan tidak berubah. Balik kerja dia terus ke rumah ibunya sedangkan saya bergelut dengan anak di rumah. Masuk enam bulan, pe rang besar berlaku. Saya bertanya dengan baik kenapa dia selalu balik rumah maknya. Kan lebih baik balik rumah tolong saya jaga anak. Jawabnya mal-as, tak ada masa nak melayan anak, pen at dan membeba-nkan.

“ Saya sangat kec3wa dengan sikap suami dan meminta dia berubah dan kembali seperti dulu. Tapi nak tahu apa yang saya dapat? Dia minta izin untuk berkahwin dengan sepupunya itu kerana masih sayangkan dia. “Kalau sudah sayang kenapa minta putuskan pertunangan dulu dan kahwin dengan saya?

Seperti yang saya bimbangkan, suami akhirnya berkahwin dengan sepupunya dengan restu mertua saya. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Sa kitnya hati, han cur luluh mengenangkan dia melayan isteri barunya itu dengan penuh kasih sayang sedangkan saya tera-bai dengan anak yang masih daha gakan kasih seorang bapa.

Saya melakukan solat hajat dan beramal ibadat sepenuh hati untuk mendapatkan ketenangan. Akhirnya saya mendapat petunjuk dari Allah SWT. Saya merendah diri dengan pergi berjumpa suami dan meminta supaya dia melep-askan saya dengan baik.

Setelah menunggu hampir enam bulan dan tidak ada perubahan di pihak suami, saya akhirnya memfailkan tunt-utan perce raian di mahkamah. “Sudahlah tidak pulang ke rumah selepas bernikah lain, nafkah anak dan tanggungjawab za hir ba tin kepada saya juga tidak dilunaskan. Alhamdulillah akhirnya saya dibebaskan dengan talak satu setelah hampir enam bulan naik turun mahka mah.

Walaupun se-dih terpaksa jadi ibu tunggal di usia muda, ia ada hikmah tersembunyi. Rezeki saya dan anak melimpah-limpah dan saya juga dinaikkan pangkat. Baik macam mana kita dengan suami, kalau dia nak tinggalkan kita, dia akan buat juga.

“Kepada mertua, jangan lihat kebaikan anak sahaja dan menyal ahkan menantu. Tegur perangai anak sendiri dulu sebelum nak sal ahkan menantu.

Saya harap para suami dapat berfikir dengan matang sebagai lelaki, suami dan bapa. Jangan ambil mudah masa-lah rumah tangga.

“Belajar untuk menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Ingat di dunia mungkin anda terlepas, tetapi di akhirat, bal4san Allah pasti menanti!’’ tegas Hasni menamatkan ceritanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:TamanIlmu