T0lak pangkat ‘Datuk’, ini alasan Nedim Nazri. Nama KJ pun kena petik!

Suami kepada pelakon jelita Nora Danish, iaitu Nedim Nazri berkongsi pendapatnya tentang penganugerahan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk dalam satu hantaran Twitter miliknya.

Menurut Nedim, dia mengakui pernah menerima taw-aran pangkat Datuk namun men0laknya kerana berasa belum layak untuk menerima gelaran tersebut.

“Jadilah macam KJ (merujuk kepada Khairy Jamaluddin) tanpa sebarang gelaran Datuk walaupun dia layak menerima gelaran tersebut berbanding individu lain yang saya kenali.

“Saya telah banyak kali dita-warkan (gelaran Datuk) tetapi saya men0laknya kerana tidak mempunyai jasa yang banyak terhadap negara,” ujarnya.

Kata anak kepada Ahli Parlim3n Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz itu lagi, seseorang yang menerima gelaran Datuk itu perlu sedar jasa diri masing-masing kepada negara sebelum menerima penganugerahan tersebut.

“Saya sedar diri ini tidak layak walaupun sedikit pun. Ukvrlah badan kita,” katanya.

Rata-rata pengguna Twitter menyokong kenyataan yang diberikan Nedim dan bersetuju dengan apa yang dia katakan.

“Setuju! Bukan acah-acah kenyataan am pu terus dapat Datuk,” kata salah seorang pengguna Twitter.

Semalam, seramai 335 individu telah menjadi penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Antara individu yang menerima penganugerahan tersebut termasuklah penyanyi Nora Ariffin, Yusry Abd. Halim (KRU) dan penulis lirik, Habsah Hassan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo