Uchee kesal bentuk badan dan muka selalu dijadikan ‘bahan’

Pelakon berbakat, Uchee meluahkan rasa k3sal terhadap sikap seorang kenalan lama yang didakwa telah melakukan ‘body sha ming’ ke atas dirinya.

Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah, 31, mengatakan isu bentuk badan ini tidak patut dijadikan sebagai mukadimah atau tegvran apabila sudah lama tidak berjumpa dengan kenalan.

“Seharusnya tanya khabar bukannya terus serang cakap fasal badan, sebab kita ini perempuan dan isu bentuk badan memang sensiitif.

“Allah kurniakan semua manusia ada kecantikan tersendiri. Jadi kita ini kenalah bersyukur,” jelas Uchee ketika dihubungi.

Tambah pelakon yang terkenal dengan panggilan ‘Wongshe Wongshe’ menerusi drama bersiri Nur itu lagi, hal sedemikian bukan kali pertama berlaku.

“Sebelum ini saya dah banyak kali menjadi magsa bentuk badan malah muka pun turut dijadikan bahan.

“Awalnya, saya hanya menganggap sekadar gurauan sahaja, tapi bila berjumpa asyik cakap macam itu, memanglah saya rimas,” luah Uchee sedih.

Sabar ye Uchee. Biasalah tu, ada orang ni memang jenis perasan bagus.Takpun jenis gurau tak kena tempat.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Utusan