Engku Emran titip ucapan istimewa buat Erra Fazira sempena ulangtahun Erra yang ke 47

Bekas suami kepada penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran primadona itu yang ke-47 hari ini.

Engku Emran mendoakan semoga ibu kepada puteri tunggal mereka, Engku Aleesya sentiasa berada dalam rahmat Allah.

“Sayang ayah Aleesya. Hari ini adalah ulang tahun kela-hiran ibu anda. Wanita yang paling penting dalam hidup anda. Moga Allah swt sentiasa merahmatinya di tingkat syurga tertinggi. Ameen Ya Rabb,” tulisnya di Instagram Story.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercer-ai pada 18 Februari 2014.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Selepas berp1sah,Emran pernah mendirikan rumahtangga dengan artis seberang, iaitu Laudya Cyhthia Bella ,namun perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sementara Erra pula pvtus cinta dengan penyanyi Shahir selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan serius secara r4hsia.

 

 

 

 

 

Sumber:HM