Episod sediih berlalu, Syafiq kembali ke JDT dengan semangat baru

Lebih dua bulan selepas terlibat dalam kemalagan ngeeri yang meng0rbankan anak, ibu mentua dan pembantu rumahnya, bintang penyerag Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad kembali menjalani latihan semalam.

Gambar Syafiq, 25, yang sedang berlatih di Padang Sri Gelam, Johor Bahru yang dimuat naik Facebook, Johor Southern Tigers mendapat lebih 1,700 tanda suka (like) dan lebih 170 komen.

Rata-rata peminat menitipkan kata-kata semangat kepada pemain itu seperti ‘Our hero is back!!!’, ‘Welcome back SA28’, ‘come back stronger’ dan ‘King of header is back’.

Melihat perkembangan itu, ramai yang yakin bintang Harimau Malaya tersebut sudah bersedia untuk diturunkan apabila JDT menentag Kedah FC dalam perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M), 5 Mac ini.

Dalam kejadian 6 Disember lalu, bayi lelaki Syafiq yang baru berusia 22 hari antara tiga ma-ut selepas kereta yang dipandu terba bas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap.

Turut terkorban, ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an, manakala isteri Syafiq, Nur Amalina Nur Ain, 25, cede ra par-ah.

Syafiq dan anak perempuannya, Aaira Nur Saffiya, 2, mengalami keced-eraan ringan.

 

 

 

 

 

Sumber: KOsmo