KJ tak ambil vaksin Pfizer

Menteri Sains, Tekn0logi dan In0vasi, Khairy Jamaluddin memu.tuskan bahawa beliau tidak akan mengambil vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang sedang digunakan negara ketika ini.

Beliau yang juga selaku Menteri Penyelaras Pr0gram Imvnisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata,keputusan itu dibuat bukan kerana vaksin Pfizer-BioNTech itu tidak bagus, ia sudah terbukti selamat dan tiada apa-apa kesan sampiingan, namun KJ mahu menjadi sebahagian dari barisan menteri yang mengambil vaksin yang akan datang.

“Saya juga tidak tahu apa jenis vaksin yang akan diluluskan seterusnya.Jadi apa sahaja jenis vaksin diluluskan kerajaan seterusnya, saya orang pertama yang akan ambil (disuntik) vaksin itu. Tidak kiralah ia vaksin Sinovac, Rusia (Sputnik V) atau Astrazeneca,” ulas Khairy lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima bekalan vaksin Covid-19 keluaran Sinovac di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Khairy berkata, beliau membuat keputusan itu selepas meneliti pandangan dan pendapat daripada rakyat selepas melihat beberapa pemimpin negara mula menerima suntiikan vaksin jenis Pfizer sejak Rabu lalu.

“Saya melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesi hatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, beberapa menteri besar dan barisan hadapan mula menerima vaksin itu.

“Jadi, rakyat sudah yakin dengan Pfizer, (jadi) saya akan ambil vaksin yang akan dilulvskan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, setakat pukul 7 pagi tadi, aplikasi MySejahtera sudah menerima kira-kira 1,183,779 pendaftaran bagi suntiikan vaksin Covid-19 oleh rakyat Malaysia.

“Sehingga semalam, seramai 3,580 individu sudah menerima suntiikan vaksin sejak ia dilancarkan secara rasmi Rabu lalu,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:K0smo