Baru sahaja dibuat, Instagram anak Aiman Hakim- Zahirah Macwilson raih lebih 40 ribu followers dalam masa 4jam!

GENAP  usia dua bulan, pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan isteri, Zahirah MacWilson akhirnya mended4hkan nama dan wajah permata sulung mereka buat tatapan umum.

Kedua-dua pelakon itu berkongsikan nama anak mereka, Isaac Raees serta foto eksklusif bayi itu ini di laman Instagram masing-masing pada Jumaat.

“Genap dua bulan usiamu anakku, Isaac Raees, daddy dan mummy akan sentiasa menyayangimu.

“Kami harap Isaac akan menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang, jangan besar cepat sangat okey,” kata Aiman.

Zahirah, 26, turut menitipkan kata-kata ucapan untuk anaknya itu yang mana dia mengharapkan Isaac akan membesar menjadi insan yang sihat, kuat serta baik hati.

Serentak dengan itu juga, Aiman, 32, dan Zahirah turut membuka akaun Instagram anak sulung mereka, @Isaacraees dan hanya dalam masa 4 jam, akaun tersebut  telah mengumpul lebih 40,000 pengikut! Ramai tu! 

Bukan sahaja kerana wajahnya yang comel, malah lesung pipit yang dimiliki anak pasangan pelakon tersebut ternyata menjadi perhatian para peminat .

Sebelum ini, Aiman mengumvmkan Zahirah selamat melahiirkan anak sulung mereka di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar