Tiada amalan khusus sempena Israk Mikraj

Israk Mikraj hadiah Allah atas kesed1han Rasulullah SAW dibawa ke Sidratul Muntaha.

Ia adalah perist1wa di mana baginda diagkat naik dari langit pertama hingga ketujuh.

KISAH perjalanan Baginda Rasulullah dari Kota Mekah ke Masjid Al-Aqsa merupakan perjalanan yang tidak masuk akal bagi mereka yang menggunakan akal semata-mata.

Ini kerana jarak perjalanan itu hampir 1,250 kilometer.

Diseb4bkan itu, ramai dalam kalangan orang yang beriman pada mulanya menjadi kufvr disebabkan tidak percaya tentang apa yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah lebih-lebih lagi Baginda mengkha.barkan bahawa perjalanan tersebut hanya mengambil masa tidak sampai semalaman.

Jika kita hanya menggunakan l0gik akal semata-mata maka kita akan men0lak dengan serta-merta sebarang pengkhabaran yang bertentagan dengan akal fikiran.

Tidak ada yang mustah1l bagi Allah bahkan semua yang Allah kehendaki jika Dia mengatakan jadi maka akan terjadi.

Firman Allah di dalam Surah Al-Israk ayat 1: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekvasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Sebelum terjadinya Israk Mikraj, Rasulullah menghadapi banyak uj1an yang sangat b3rat terutamanya dalam usaha da-kwah.

Antaranya Baginda dius1r dan dit0lak oleh penduduk di kota Thaif.

Rasulullah juga kehilagan dua insan yang sangat disayangi dan sangat penting dalam hidupnya iaitu isteri kesayangan Baginda Siti Khadijah serta bapa saudara yang banyak membantu Baginda iaitu Abu Thalib.

Oleh itu Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebagai imbalan daripada apa yang telah Rasulullah hadapi terutamanya pada tahun sama yang juga dikenali sebagai tahun kesed1han.

Ketika Israk Mikraj inilah, Baginda Rasulullah menerima per1ntah secara lagsug dari Allah S.W.T. tanpa malaikat Jibril sebagai ‘perantara’ untuk mengerj4kan solat lima waktu sehari semalam.

Walaupun pada awalnya Allah memer1ntahkan dirikan sebanyak 50 waktu namun Rasulullah memohon agar dikuragkan sehinggalah per1ntah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Per1ntah solat lima waktu ini sangat dipegag erat oleh Rasulullah dan Baginda sangat menitiikbertkan kepada umat Baginda supaya tidak meniggalkan solat lima waktu kerana ia adalah tiang agama Islam dan kunci agar diterima segala amalan di dunia.

Jika kita perhatikan dan kita selami kisah ini maka kita akan dapati bahawa per1ntah solat adalah satu per1ntah yang sangat besar sehingga Allah menjemput nabi menerima sendiri suruhan untuk mengerj4kan solat.

Disebabkan itulah terdapat banyak ayat yang mana Allah perintahkan supaya manusia sentiasa meminta pertolongan Allah dengan mengerjakan ibadah solat.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 45: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah b3rat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

Namun sejak kebelakangan ini, ramai pula dalam kalangan kita yang cuba membuat amalan-amalan tertentu khususnya amalan pada hari Israk dan Mikraj.

Ini termasuklah dengan mengatakan bahawa puasa pada hari ke-27 di bulan Rejab ganjarannya sama seperti berpuasa 60 bulan dan jika disertai dengan sedekah pahalanya seperti puasa seribu tahun.

Sebenarnya amalan berpuasa dan bersedekah itu sendiri tidaklah bercaggah dengan Islam tetapi apabila ia di kaitkan dengan amalan khusus sempena hari Israk dan Mikraj,maka kita perlulah berbaliik semula kepada hadis nabi.

Ini kerana adalah mejadi kewajipan untuk kita mengetahui daripada mana kita perolehi amalan ini beserta fadhilatnya.

Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang berdvsta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. – [HR Bukhari 107]

Telah berkata Hafiz Ibn Hajar: Tidak ada kelebihan yang disebutkan oleh Nabi pada puasa khusus daripada hari-hari tertentu di dalam bulan Rejab dan juga Qiamulail yang khusus padanya.S sungguhnya peristiwa Isrk’ dan Mikraj merupakan peristiwa yang sangat penting dan besar kepada umat Islam.

Maka seharusnya kita mempertigkatkan ibadah solat kita dengan lebih baik dan lebih khusyuk.

Banyakkan berselawat ke atas nabi dan berzikir memuji kebesaran Allah selain perbanyakkan solat sunat seperti ibadah pada malam hari.

Wallahualam.

 

 

 

 

Sumber:Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan