Cinta berputik di GV7, Ashira kini milik Bad Indigo

PENYANYI yang juga peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira, 37, kini s4h bergelar isteri kepada ahli kumpulan Indigo, Bad,46, dengan sekali lafaz.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira binti Syed Abdul Aziz dan suaminya Badrul Izhan bin Yeop Abdullah dinikahkan oleh bapa Ashira sendiri, Syed Abdul Aziz bin Syed Alwi pada pukul 2.45 petang hari ini bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.


Ashira yang merupakan ibu tuggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, mula berkenalan dan menj4linkan hubugan cinta bersama Bad selepas sama-sama menyertai GV7 sekitar Oktober lalu.

Bad juga memegang status bapa tuggal, mempunyai dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11 daripada perkahwinan terdahulu.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayahku