Menurut pelakon baru Ikhram atau nama sebenarnya Mohammad Noor Ikhram Juhari,peluang berlakon dengan Zul Ariffin adalah satu pengalaman berharga buat dirinya.
Ikhram ,28, meng4ku ramai peminat termasuklah rakan-rakan artis lebih sering memperkatakan tentang wajah seiras Ikhram dan Zul seperti adik- beradik kembar.
Apatah lagi mereka digandingkan bersama buat pertama kalinya dalam drama bersiri Takdir Kita yang masih dalam penggambaran.
“Tidak din4fikan, sejak saya berlakon empat tahun lalu sehingga sekarang, ramai yang mengatakan wajah saya ada iras Zul Ariffin. Memang ramai cakap kami macam kembar.
“Apabila ramai cakap macam tu, saya sendiri sebenarnya tertanya-tanya, ye ke kami sama? Saya sendiri tak nampak apa-apa yang sama.
“Namun saya tidak boleh menafikan apa yang orang lain cakap. Iyalah,lain orang lain pandangan. Kalau mereka cakap kami ada iras, mungkin ia secara kebetulan.
“Bagi saya, memang ramai cakap kami seiras tapi sudah tentu Zul Ariffin better than me. Dia pelakon bagus dan disegani.
Lihat sahaja pengalaman dan popularitinya, tiada siapa boleh pertika1kan. Memang jauh perbez4an kami,” ujar Ikhram .
Menurut Ikhram dia merasa nervous pada mulanya ketika megetahui bakal digandingkan dengan aktor tersohor itu.
“Zul Ariffin seorang yang sangat senang memberikan kerjasama, sangat positif, peranan dan tidak kedekvt ilmu. Sejujurnya saya puji dan hormat dia, ulas Ikhram lagi.
Sebelum ini Ikhram sudah banyak berlakon drama antaranya Cinta Tiada G4nti, Nota Buat Cempaka, Setelah Terlafaznya Akad dan banyak lagi.
Sumber: Wilayahku