Warga emas tak sedar dah menabung sampai RM22 ribu dalam rumah

Seorang warga emas, Palyuri, 81 tervja apabila menemui wang berjumlah 80 juta rupiah (RM22,925) di rumahnya di Kampung Tigo Diate, bandar Payakumbuh, Sumatera Barat.

Seperti yang dilap0rkan Tribunnews, Palyuri, menemui wang tersebut ketika membersihkan rumahnya yang dipenuhi loggokan baju hasil pemberian orang kampung. 

Menurut Ketua Kampung Tigo Koto Diate, Musleniyetti jiran tetangga turut membantu mengira wang bersel3rakan yang ditemui di dalam rumah Palyuruli dengan pecahan wang 100 (dua sen) hingga 100,000 rupiah (RM28).

 

“Terdapat banyak wang di lantai, dalam pakaian, bawah bantal dan tilam. Banyak sangat wang yang dijumpai bermula dari 25 hingga 100 rupiah,” katanya.

Menurut Musleniyetti, agak sukar untuk mengira wang tersebut kerana mengambil masa yang panjang.

Malah, katanya, seramai lapan orang mengira wang tersebut pada hari pertama dan bertambah 16 orang pada hari kedua.

“Wang itu akan disimpan di Bank Nagari atas nama lelaki itu dan masih terdapat beberapa guni wang yang masih belum dikira.

“Setakat ini, kami kira jumlahnya sudah melebihi 80 juta rupiah, belum lagi wang di bank. Selepas dikeluarkan semua wang baru dihitung berapa jumlah keseluruhan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, wang yang dikumpul itu bukanlah hasil mem1nta sedek4h tetapi pemberian daripada orang lain.

Jelasnya, Palyuri dikenali kerana sifat suka membantunya walaupun tanpa diminta ketika majlis perkahwinan dan dia sering menerima penghargaan berupa wang tunai.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Utusan