Emir Haady Imran pelajar pertama dapat tajaan biasiswa RM1.1 juta

Seorang pelajar pervbatan, Emir Haady Imran Zulkharnain,18,
berkongsi perasaan bangga apabila menjadi anak tempatan pertama mendapat pembiayaan pendidikan Kerajaan Negeri berjumlah RM1.1 juta.

Emir yang merupakan pelajar termuda di Royal College of Surgeons (RCSI), Ireland berkata pengiktirafan itu besar nilainya dan beliau berazam untuk menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan.

“Saya akan berusaha keras bagi menamatkan pengajian seperti dijadualkan pada 2024, ini janji serta komitmen saya kepada negeri dan negara,” kata pelajar jurusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembed4han itu.

Emir Haady menerima Biasiswa Selangor Bitara (Bitara) yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Program tersebut dijenamakan semula daripada Selangor Brain Bank yang sebelum ini khusus untuk anak Selangor melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran (PhD) di universiti terkemuka dunia.

Untuk rekod,Emir Haady berjaya menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di STARS International Academy di Kelana Jaya ketika berusia 14 tahun.

Melalui peperiksaan itu,beliau memperoleh 6A+ bagi mata pelajaran Matematik Antarabangsa, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Melayu dan Matematik, A1 untuk Matematik Tambahan dan 1B bagi Bahasa Inggeris.

Seterusnya dalam usia 15 tahun, Emir menamatkan pengajiannya dalam peringkat A-Level dengan memperoleh A bagi mata pelajaran Kimia dan Matematik serta A+ untuk Fizik.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Selangorkini