Tiada hadis yang menyatakan syurga isteri di bawah tapak kaki suami

Seperti yang semua sudah sedia maklum, syurga seorang perempuan yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya, tetapi bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami.

Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga, adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak tercatit dalam ayat Al-Quran dan hadis Baginda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34).

Dalam ayat tersebut Allah SWT telah menghimpunkan beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah SWT dan kepada suaminya dalam perkara yang baik, lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.Jika seorang isteri yang mentaati suaminya dijanjikan syurga, bagaimana pula isteri yang berbuat dosa.

Benarkah d0sa seorang isteri ditanggug suaminya?

Dalam kitab suci Al-Quran terdapat-ayat yang memerintahkan agar setiap manusia perlu menjaga diri mereka dan juga orang-orang disekeliling mereka daripada melakukan perkara maks1at atau d0sa.

Seperi dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari ap1 ner4ka.” (al-Tahrim: 6).

Imam Besar Masjid Al-Azhar, Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya berkata ayat ini ditujukan kepada setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar menjauhkan diri mereka daripada ap1 ner4ka dengan melakukan perkara kebaikan dan menjauhi daripada perkara maks1at.

Justeru itu, setiap orang juga perlu menasihati ahli keluarga mereka dengan menunjukkan jalan yang benar dan menyuruh mereka melakukan perkara yang ma’ruf serta menceg4h diri daripada melakukan perkara munk4r.

Berdasarkan penjelasan tersebut, secara asalnya di dalam syara’ setiap insan itu tidak akan menanggug d0sa orang lain melainkan d0sa mereka sendiri.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tiadalah (kej4hatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggug d0sanya.” (al-An’am:164).

Satu lagi firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul d0sa perbuatan orang lain dan jika berat tanggugannya (dengan d0sa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dip1kul sama beb4nan tersebut, maka tidak akan dapat dip1kul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.” (Fatir:18).

Maka seperti yang diterangkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Kathir, kedua-dua ayat tersebut jelas mengatakan bahawa setiap insan yang sempurna akal fikirannya dan telah bal1gh (mukallaf), akan menaggug d0sanya sendiri tidak kira apa statusnya sama ada dia seorang suami, isteri, ayah, ibu, anak atau selain daripadanya.

Namun begitu, seorang suami atau seorang penjaga akan berdosa sekiranya dia tidak menasihati isteri atau wanita dibawah jagaannya dalam perkara yang ma’ruf dan tidak menghalagnya daripada melakukan perkara yang munk4r.

Di dalam kalam Al-Quran terdapat firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertaggungjawab terhadap kaum perempuan.” (an-Nisaa’: 34).

Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa lelaki merupakan pemimpin buat wanita dan mereka wajib menyuruh wanita iaitu isteri mereka untuk menunaikan hak-hak Allah SWT seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalag wanita-wanita daripada melakukan perkara maks1at.

Sebagai kesimpulan, suami sama sekali tidak akan menanggug d0sa sang isteri sekiranya dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin iaitu dengan menasihati dan membimbing isteri mereka.

Adapun, jika isteri masih tegar melakukan maksiiat setelah ditegur, atau isteri melakukan maks1at tanpa pengetahuan suaminya maka isteri itu tetap berd0sa dan bukan dibawah tanggungan suaminya

 INI PULA APA YANG DIKATAKAN OLEH PU AZMAN DI INSTAGRAM MILIKNYA.

Para suami tidak boleh menggunakan kenyataan di atas untuk memperlakukan sesuka hati terhadap isteri.

Kenyataan di atas (syurga di bawah tapak kaki suami) bukan hadis sebagaimana dinyatakan oleh seorang alim besar Syria Syeikh Doktor Ahmad Al Hajji Al Kurdiy.

Benar, salah satu kunci syurga isteri ialah taat pada suami. Hadis sohih riwayat Ibnu Hibban.

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ.

Maksud :”Jika seorang wanita solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), jaga maruah dan taat suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang dia mahu”.
Satu lagi hadis sohih menunjukkan besarnya hak suami ke atas isteri.

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ المَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا.

Maksudnya :“Jika aku boleh perintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang, maka aku perintahkan isteri untuk sujud pada suaminya”. Hadis ini disohihkan oleh Imam Tirmizi dan Al Hakim dan dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi.

Tapi taat isteri pada suami, bersyarat. Isteri bukan h4mba suami. Mereka ialah rakan kongsi pejalanan hidup.

Suami bukan raja yang pegang kuasa veto. Bahkan suami lah yang bertanggungjawab melorongkan syurga isteri.

Ketaatan seorang isteri, mesti dibayar dengan tanggungjawab yang sangat besar daripada seorang suami.

Suami memang tak wajib taat kepada isteri. Tapi suami wajib taat kepada Allah dalam urusan isteri. 

Semoga penjelasan di atas dapat menjawab segala pers0alan. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: pes0napengantin