Nabil berkogsi detik awal sebelum sertai tabligh-“Kita ni suka bersagka buruk dengan Allah lalu Dia tunjukkan…”

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad bersyukur kerana perubahan dirinya yang kini lebih Islamik serta berjambang diterima baik banyak pihak.

Nabil, 38, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, sebelum ini dia selalu beranggapan akan ada pihak terutama membabitkan kerjaya dan perniagaannya tidak suka dengan penampilannya itu.

“Alhamdulillah, ramai yang boleh terima. Kita ini suka sangat buruk sangka dengan Allah. Lalu Dia tunjukkan semua elok saja dengan saya, malah layanan mereka lebih baik.

“Saya betul-betul tak sangka sebenarnya. Apabila begini, saya buat untuk diri saya saja, tak ambil kisah kalau ada orang yang nak terima atau sebaliknya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.

Dalam masa sama, Nabil berk0ngsi cerita yang rupanya dalam diam ramai rakannya telah menyertai kumpulan tabligh.

“Kawan-kawan saya rupa-rupanya ada yang menyertai tabligh. Mereka kadang-kadang lepak dengan saya, penampilan pun lebih kurang seperti saya.

Mereka juga tak tinggal solat dan tahu mengenai cerita agama dan sebagainya. Kemudian saya tanya mereka belajar agama di mana,” katanya.

Menurut Nabil, apa yang dipelajari ketika menyertai tabligh itu turut dikongsi bersama isteri, Zira Ayub yang kini sudah pun bertudung.

“Bukan setakat k0ngsi, malah saya turut mendoakan dia. Apabila Allah berkehendak, semua perkara akan jadi. Doakan dia juga terus istiqamah dalam bertudung.

“Nak istiqamah ini susah. Kena minta tolong dengan orang. Kalau diri sendiri kata ‘aku dah boleh ni atau dah jadi ni’, ia takkan menjadi. Kena minta juga doa ramai barulah jadi, insya-Allah,” katanya.

Sumber:BH