Mengapa menvtup mata ketika solat itu hukvmnya makrvh

Apakah hukvmnya menutup mata ketika solat?

JAWAPAN :

Hukvm menutup mata tanpa sebarang keuzvran ketika mengerjakan solat adalah makrvh. Ini berdasarkan pendapat ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan sebahagian ulamak mazhab Syafie.

Diriwayatkan pula dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda :

إذا قام أحدكم في الصلاة فلا يغمض عينيه

Ertinya : “Apabila berdiri seorang kamu di dalam solat maka janganlah dia memej4mkan akan kedua matanya.” (Hadith At-Tabarani di dalam Mu’jam Kabir)

Sebab utama memejamkan mata ketika s0lat itu makrvh itu ialah kerana perbuatan itu meny4lahi akan sunnah di mana Rasulullah saw ketika solat kedua matanya memandang ke tempat sujud.

Berkata Imam Al-Kasaani :

كره لأنه خلاف السنة في أنه يشرع رمي العينين إلى موضع السجود ، ولأن لكل عضو حظه من العبادة وكذلك العينان

Ertinya : “Dimakru.hkan tutup mata kerana sungguhnya yang sunnah ialah memandang kedua matanya kepada tempat sujud.” (Kitab Badai’us As-Shonaai’)

Namun begitu jika memejamkan mata itu mendatangkan khsuyuk tidak sebagaimana membuka matanya maka memejamkan mata tidak lagi dimakrvhkan.

Tersebut pada kitab Zadul Ma’ad :

وقال الإمام العز بن عبد السلام في فتاويه بالجواز عند الحاجة إن كان ذلك أخشع للمصلي في صلاته

Ertinya : “Dan berkata Imam Izzuddin bin Abdis Salam dengan harus memejam mata ketika berhajat jika ia lebih mendatangkan khusyuk bagi orang yang sembahyang.”

Berkata Syeikh Dr Muhammad Abdul Sami’ seorang anggota majlis fatwa negeri Mesir :

ان إغماض العينين فى الصلاة يُكره، ولكن إذا فعل المصلي هذا لاستحضار الخشوع في الصلاة فلا شيء فيه.

Ertinya : “Sungguhnya menutup dua mata di dalam solat dimakrvhkan akan tetapi apabila seorang yang sembahyang melakukannya supaya khusyuk ia di dalam sembahyang nescaya tidaklah mengapa.” (Darul Ifta Mesir)

Kesimpulannya ialah :
1.Sunat bagi orang yang solat memandang kepada tempat sujud ketika di dalam solat melainkan ketika duduk tahyat maka sunat melihat kepada jari telunjuknya.

2.Makrvh memejamkan mata di dalam solat melainkan jika tidak dipejamkan matanya dia tidak khusyuk di dalam solat atau ada sesuatu yang mengganggu hatinya.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kash00rga