Azan Maghrib sil4p waktu, bukan semua kena g4nti puasa. Ini penjelasan dari Mufti Selangor

Tvlar di media s0sial sejak semalam
apabila Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak melaungkan azan maghrib tiga minit lebih awal dan menyebabkan sebahagian umat Islam di kawasan berkenaan berbuka puasa awal dari yang sepatutnya.

Kejadian itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid melihat jam masing-masing dan ia berpunca dari masalah teknikal paparan jam digital di masjid pada hari berkenaan,7 Ramadan 1442 atau 19 April 2021.

Berikutan itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid tampil menerangkan status puasa mereka yang berpandukan azan di Masjid Al Khairiyah Taman Seri Gombak, Isnin lalu.

Bagi mereka yang berbuka puasa sebaik sahaja azan dilaugkan iaitu pada pukul 7.18 malam, puasa itu dikira terbatal dan wajib diganti.

Tetapi untuk mereka yang berbuka di hujung atau selepas azan tidak perlu megganti puasa kerana ia dikira sudah masuk waktu berdasarkan waktu zon tempatan.

“Biasanya azan mengambil masa selama tiga minit. Kawasan Seri Gombak itu termasuk di dalam Zon 1 iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Bagaimanapun, bahagian falak Mufti Selangor berdasarkan kajian menetapkan jika seseorang berbuka cepat dua minit sebelum masuk waktu masih dikira sah.

“Jadi bagi mereka yang berbuka di hujung azan atau selepasnya dikira sah kerana berada di dalam tempoh dua minit itu,” katanya ketika dihubungi.

Sugguhpun begitu, Mohd Tamyes memuji tindakan nazir masjid berkenaan yang ber4ni berterus terang mengenai kesil4pan berkenaan.

Katanya, semua orang melakukan kesil4pan dan mereka yang berkenaan perlu mem4afkan n4zir berkenaan yang tidak seng4ja mengalunkan azan lebih awal.

“Dia bukannya sengaja. Kita semua perlu berlapang dada. InsyaAllah amal ib4dat kita sepanjang hari itu diterima,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM