Dari gerai tepi jalan,Nasi Lemak Saleha dapat perhatian higga perigkat antarabangsa. Ini f0rmula kejayaannya

10 tahun lalu, Nasi Lemak Saleha cuma dijual di tepi jalan tetapi kini pemilik restoran nasi lemak ini boleh tersenyum bagga kerana telah berjaya membuka dua buah cawangan restoran di sekitar Sri Rampai, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor.

Lebih menarik, populariti Restoran Nasi Lemak Saleha yang dimiliki Saleha Abdullah, 53, turut dikenali dari pengemar nasi lemak tempatan mahupun pelancong luar negara ek0ran mendapat lipvtan media hingga ke peringkat antarabangsa!

Bersandarkan resipi istimewa yang menghasilkan menu enak, Restoran Nasi Lemak Saleha telah membolehkan pemiliknya menjana pendapatan harian sehingga lima angka.

Saleha memberitahu, kisah perjalanannya dalam perniagaan adalah sama seperti peniaga lain tetapi rahs1a kejayaannya yang bermula pada tahun 2017 itu adalah mengutamakan penjagaan kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

“Saya sentiasa terbuka menerima pandangan pelanggan untuk memperbaiki kekvrangan, membuatkan jenama ini telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

“Pada saya, untuk memastikan perniagaan kekal dan bertahan lama adalah daripada r4hsia menunya yang menepati cita rasa pelanggan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan agar mereka selesa menikmati juadah.

“Selain itu, saya juga tidak menguragkan bahan yang digunakan dalam bahan masakan sungguhpun harga barang naik kerana mahu berikan rasa nasi lemak yang k0nsisten,” katanya ketika di temui di Restoran Nasi Lemak Saleha di Sri Rampai baru-baru ini.

Menurut Saleha lagi, pengalaman membantu arw4h ibunya dulu di kedai runcit membuatkan dia faham kepentingan perkhidmatan pelanggan dan sel0k bel0k perniagaan.

Pada peringkat awal perniagaan, Saleha hanya memasak untuk satu kilogram (kg) beras sahaja dan jumlah beras tersebut terus bertambah secara berperingkat berdasarkan jualan nasi lemak yang semakin laris.

“Dengan modal RM3,000, saya menggunakannya dengan cermat dan memastikan pulagan modal digunakan dengan baik.

“Bermula dengan 10 pekerja, kini dua cawangan restoran memiliki 60 pekerja selain anak-anak turut membantu saya untuk menguruskan perniagaan ini,” katanya.

Menyentuh tentang proses penyediaan nasi lemak, kata Saleha, operasi memasak bermula seawal pukul 4 pagi dan dianggarkan sebanyak 150 ekor ayam diperlukan untuk dijadikan lauk sambal nasi lemak.

“Persediaan membuat sambal amat penting kerana ia mengambil masa hampir tujuh jam supaya cili dipastikan cukup masak.

“Proses ini dianggarkan untuk hidangan kira-kira 2,000 orang dan prosesnya dilakukan dua kali sehari.

“Selain itu, kami juga menyediakan menu tambahan seperti ayam goreng, telur mata, sambal sotong dan paru goreng berempah,” katanya.

Semoga Nasi Lemak Saleha terus maju dan menjadi inspirasi kepada peniaga yang lain.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo