Sikap jujur peniaga dipuji pelanggan, tiada yang ma.rah walau jual gulai kawah tawar

Sikap bertanggungjawab seorang peniaga makanan ternyata menjadi perhatian ramai sehingga kisahnya tul4r di Twitter.

Menerusi satu tweet pada Jumaat, tersebar kisah peniaga sebuah kedai makan di Bangi, Selangor yang terlupa meletakkan garam dalam masakannya.

Namun, dia meletakkan satu nota ringkas yang mana tindakan itu dianggap ‘comel’ sehingga menerima pujian netizen.

“Harap ma.af. Sila bubuh garam di rumah. Lupa. Ma.af ya,” tulisnya pada nota itu.

Menurut Noor Shahida Supian, 24, dia yang berkunjung ke kedai makan itu untuk membeli juadah berbuka puasa ternyata terhibur dengan nota yang tertera.

Malah, dia sendiri turut membeli lauk berkenan biarpun terpaksa membuat ‘modifikasi’ semula selepas pulang ke rumah.

“Saya berkunjung ke kedai tu pada Jumaat. Dalam 4.30 petang. Kebetulan masa tu bawa mak ke sebuah kliinik.

“Selepas keluar kliinik, ada kedai makan di sebelahnya dan kami nak beli lauk untuk berbuka.

“Ketika tengah pilih lauk, ternampak nota kecil tu. Jadi saya ambil gambar dan kogsi di Instagram dan Twitter.

“Yang tak ada garam tu daging gulai kawah. Saya rasa nota tu kelakar dan comel sebab tu saya ambil gambar,” ujarnya.

Mesra disapa Shahida, dia berkata lauk ‘istimewa’ itu ternyata kena dengan seleranya.

“Memang dah perasan (nota) dan beli je. Saya rasa ia bukan mas4lah sebab dia dah maklumkan awal-awal. Jadi kita pun peka.

“Balik tu tambah garam sikit, settle. Saya suka kejujuran mereka untuk maklumkan pelanggan yang makanan tu tiada garam lagi.

“Daripada beli makanan yang tak sedap, sekurang-kurangnya kami boleh balik dan perbaiiki lauk tu.

“Rasanya sedap, rvgi beli satu. Nanti nak pergi lagi, harap tak habis lauk tu. Takvt ramai dah pergi. Memang situ sedap-sedap lauk yang lain.

“Saya dah pergi beberapa kali ke kedai tu, cuma jarang sebab rumah jauh sikit semenjak pindah,” ujarnya yang kini menetap di Sungai Merab.

Menurut Shahida, dia juga sama sekali tidak menyagka p0sting itu akan tvlar di Twitter.

Bercerita mengenai pengalaman-pengalaman lalu, Shahida berkata dia sebelum ini pernah ditiipu oleh peniaga yang tak jujur.

“Pernah kena juga, contohnya kuih koci yang saya pernah kena. Inti dalam sepatutnya kelapa, tapi saya dapat hampas kelapa.

“Mungkin peniaga tu ingat pelanggan tak boleh beza kot. Jadi benda macam ni yang buat saya kec3wa.

“Apa yang boleh saya pesan dekat peniaga, berniagalah secara jujur. Kalau makanan dia jual sedap, memang orang akan cari walau kat ceruk mana pun.

“Kalau boleh makanan yang nak dijual tu make sure jual yang baru masak, bukan yang recycle lauk semalam ke, sebab ada juga certain peniaga buat macam tu sebab nak jimat.

“Tapi berbalik pada atas tadi, berniaga secara jujur akan buat peniaga tu bertambah rezeki. Contoh macam tweet yang viral tu. Mungkin itu asbab dari sifat kejujuran dia,” ujarnya.

Tweet Shahida sehingga kini meraih 15,500 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar