Isteri dan anak temui aj4l selepas berbuka puasa dengan sate

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun serta ibunya meninggl dunia selepas makan sate yang dipercayai diletak racvn di Bantul, Yogyakarta.

Kejadian bermula ketika seorang penghantar makanan, Bandiman, 36, menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang memintanya menghantar makanan tanpa menggunakan aplikasi pesanan.

Bandiman bersetuju membantu wanita tersebut malah dia diberi bayaran tambahan untuk menghantar makanan itu kepada seorang seorang lelaki bernama Tomy.

Ketika sampai di rumah Tomy, lelaki itu tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja di luar bandar dan menyuruh Bandiman membawa balik sate tersebut untuk dimakan bersama keluarganya.

Sehubungan itu, Bandiman membawa pulang sate tersebut dan dinikmati sebagai juadah berbuka puasa bersama isteri serta dua anaknya.

Bandiman makan sate itu tanpa kuah, tetapi isteri dan anaknya yang mencampurkan kuah ke atas sate berkenaan telah pegsan dan dibawa ke H0spital.

Dalam pada itu, p0lis memaklumkan pihaknya belum menerima lap0ran perub4tan untuk memastikan sama ada sate berkenaan diletak r4cun atau tidak.

Jurucakap p0lis, Suyanto berkata, uj1an makmal perlu dilakukan, selain p0lis meneruskan sias4tan berhubung k3s berkenaan.

 

 

 

 

Sumber:UM