4 cara mudah untuk buat anak minat membaca Al-Quran tanpa perlu disuruh

Di zaman serba moden ini, kita boleh lihat hubungan manusia dan gajet seperti isi dengan kuku. Sangat rapat.

Perkara ini perlu dipandag serius terutama di kalangan anak-anak. Kita tidak mahu pelapis masa akan datang celik IT, tapi bvta Al-Quran.

Sebagai ibubapa pasti akan bahagia  apabila memiliki anak tidak taksub gajet, sebaliknya rajin membaca dan cintakan kitab suci Alquran dengan rela hati, tanpa perlu disuruh-suruh atau mar4h-mar4h.

Melalui perkongsian oleh Puan Siti Aminah Sulaiman, sebenarnya terdapat  4 peringkat penting yang perlu ibubapa lakukan agar anak lupakan gajet dan  cintakan Alquran. 

Berikut antara yang dikongsikan;

Saya masih teringat lagi kejadian beberapa tahun yang lepas.Ketika tu saya begitu ‘sibuk’ mengajar kedua anak saya membaca dan menghafaz al Quran.

Pagi, petang dan malam saya peruntukan masa untuk ajar mereka. Hingga pada satu hari anak lelaki saya tegur saya;

“Kenapa Mak tak pernah baca Quran pun..?”

Soalan anak lelaki saya ibarat satu tamparan pada muka saya..saya tiada jawapan.Saya rasa nak marah..tapi tiada perkataan yang dapat keluar dari mulut saya.Soalan anak lelaki saya buat saya berfikir lama..

Dalam hati saya mula berbicara;

“Benar sekali..dah lama aku tak baca Quran..Ya Allah..aku begitu sibuk ajar anak hingga aku sendiri tak sempat baca Quran..”

Itulah TURNING POINT dalam hidup saya.

Berjinak-Jinak Semula Dengan Al Quran

Dari detik itulah saya mula berjinak-jinak semula dengan Al Quran.Lepas Maghrib saya tidak berganjak dari sejadah. Saya mulakan dengan hanya baca setengah muka Al Quran..itupun cukup s3ksa nak habiskan baca setengah muka!

Seminggu itu saya hanya baca setengah muka saja setiap kali lepas solat Maghrib.Saya mula dapat rentak..perasaan s3ksa bertukar jadi seronok pula. Saya tambah bacaan Al Quran hingga habis satu muka.

Rupanya saya sedang diperhatikan oleh seseorang.Anak lelaki saya yang mulanya hanya sekadar pemerhati mula tarik rehal dan baca Quran bersama saya.

 

Allahuakbar..indah sekali perasaan ketika itu.Nikmat yang Allah beri apabila kita ingin kembali semula pada Dia..Rupanya inilah RAHSIA untuk dapat anak Cinta Quran..saya dulu perlu berubah menjadi Pencinta Al Quran

Tiada SHORTCUT!

Hantarlah anak ke tahfiz ke atau mana-mana madrasah pun, tapi bila anak pulang rumah dan lihat ibubapanya sendiri tak pernah sentvh Quran..Memang mvstahil untuk lahirkan anak yang cinta Al Quran !

Kedengaran p4hit tapi inilah hakikat..

Anak perlukan SURI TAULADAN untuk mereka ikut dan ibu bapa adalah model yang paling hampir untuk mereka lakukan rujukan.

Sejak saya mula membaca Al Quran, anak-anak juga jadi lebih mudah untuk diajak mengaji bersama.

Saya reflect semula Teori Modelling dari Prof Albert Bandura iaitu bila kita nak anak belajar MEN!RU perbuatan kita,

Ada 4 peringkat yang penting iaitu:

1. NAMPAK

Anak mesti NAMPAK apa yang kita buat.Kerana itu saya suka mengaji diruang tamu supaya anak-anak nampak dan mereka boleh tiru.Biarkan anak bermain sekeliling kita. Jangan lari jauh dari anak-anak!

2. ULANG

Peringkat seterusnya ialah perbuatan itu mesti diulang-ulang supaya anak INGAT.Jadikan membaca al Quran sebagai rutin harian. Baca setiap hari.
Kalau kita hanya ‘kadang-kadang’ saja baca Quran, anak sukar nak t!ru perbuatan kita kerana mereka akan lupa.

3. T1RU

Seterusnya anak akan cuba T1RU perbuatan tu.Bila anak selalu lihat mak atau ayahnya membaca Quran, mereka cuba nak T1RU.Peringkat ini anak mula tunjukkan perubahan dalam bentuk TINGKAHLAKU.

 

Ibu ayah akan rasa sangat bahagia pada saat ini, tetapi perlu ingat bahawa anak perlukan MOTIVASI supaya dia dapat berterusan kekalkan perbuataan baik dia.

4. PUJIAN

Beri Positive Reinforcement seperti pujian pada usaha anak.Baru anak sedar bahawa mereka sedang buat perkara yang baik. Dengan MOTIVASI ini, anak akan berusaha untuk kekalkan habit baru mereka.

Inilah 4 peringkat yang saya amalkan untuk buat anak-anak saya ‘rajin’ baca Quran. Tak perlu lagi reward material atau m4rah-m4rah apabila ajar Quran.

Yang utama, sentiasa ingatkan diri, jika mahu anak suka baca Al Quran,mak bapak yang dulu perlu selalu baca Al Quran.

Jadikan momen membaca Alquran sebagai memori terindah mereka.

Terima kasih Ya Allah atas pering4tan ini..

 

Sumber: Siti Aminah Sulaiman via Mw