Penerbit drama, Datuk A. Aida terkejvt dan ber4ng tatkala menonton muzik video (MV) hari raya usahawan kosmetik terkenal ,Dato Aliff Syukri yang dipercayai dilakukan di lokasi yang dikenalinya.
“Tadi pengurus saya call… dia tanya tahu tak yang Aliff guna rumah saya di Janda Baik itu untuk MV lagu raya dia. Memang saya terkejvt la apabila tengok MV itu, sebab saya tak tahu apa-apa.
“Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat.
“Ketika itu tak ada siapa dekat situ… malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira mencer0boh!
“Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya,” demikian ulasnya lagi .
Menurut Aida, itu ialah rumah persinggahannya iaitu Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mend4kwa ahli perniagaan itu menceroboh dan melakukan penggambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut untuk penggambaran MV lagu berjudul ‘Lala Raya’ tanpa izinnya.
Difahamkan, lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin itu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut.
Dalam pada itu, penerbit drama ‘Andainya Takdir’ ini memberitahu Aliff tidak pernah menghubunginya untuk meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.
Jelas Aida, dia sememangnya tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi miliknya iaitu A. Aida Production sahaja.
Bukan itu sahaja, usahawan itu
langsung tidak meletakkan sebarang kredit penghargaan atas nama resortnya itu.
“Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Saya mahu jadikan tempat itu eksklusif. Tapi dia boleh senang-senang cer0boh! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini,” ujarnya dipetik sebagai berkata.
Sumber:myartis via Mstar