Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mended4hkan gambar terbaru Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim dengan lebih jelas.
Jabatan Pengaj1an Kejuruteraan Reasah Alharmain mengambil gambar itu menerusi teknologi Focus Stack Panorama di mana gambar mencapai 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam bekerja untuk memproses semua 1,050 foto itu.
Lebih 1,000 gambar dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi yang pertama kali boleh dilihat umat Islam di seluruh dunia.
Batu suci itu terletak di timur kaabah dan menjadi titik permulaan dan akhir tawaf.
Pihak berkuasa berkata, batu hitam berkenaan adalah dari syurga dan gambar beresolusi tinggi itu yang pertama kali diambil itu menggambarkan betapa indahnya syurga.
Sementara itu, pegawai kerajaan juga melantik pekerja wanita untuk menjalankan tugas di kaabah.
Penjaga Dua Masjid Suci melantik seramai 1,500 wanita di jabatan yang berbeza untuk tujuan itu.
Seramai 600 orang wanita sudah dilatih Agensi Urusan Teknikal dan Perkhidmatan untuk melayani dan membantu jemaah wanita yang beribadat di depan Kaabah.
Sebelum ini Arab Saudi menempatkan pegawai p0lis wanita yang bertugas di Masjidil Haram buat pertama kali dalam sejarah.
Kehadiran petugas wanita itu turut menarik perhatian pengguna media s0sial.
Sumber:HM