Menteri Besar Selangor,Negeri Sembilan bincang soal ‘jual beli’ Nilai 3

Kisah k0ntoversi selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tidak did4kwa kerana merent4s negeri terus menjadi bahan bualan segelintir rakyat di negara ini.

Dalam perbicangan tersebut, ada netizen bersel0roh mend4kwa, tiada kes4lahan rent4s negeri dikenakan ke atas pasangan itu memandangkan Kawasan Perindustrian Nilai 3, adalah di bawah jajahan negeri Selangor.

Keh4ngatan pendebatan dan perbincangan itu turut menarik perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan rakan sejawatannya dari Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung pentadbiran kawasan tersebut.
Amirudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, membagkitkan peristiwa sejarah di mana Lukut, yang asalnya di bawah jajah Selangor telah diserahkan kepada Negeri Sembilan melalui satu perjanjian pada 1880.

“Lukut dibuka pada kurun ke-19 oleh Raja Busu semasa pemerintahan Sultan Muhamad Shah (Sultan Selangor ke-3) dan menjadi bandar perlombongan yang pesat dan kaya, hingga menarik kehadiran komuniti Hailam di sana sebagai pengusaha lombong.

“Penduduk Lukut semakin ramai menjelang 1818, dipercayai populasi penduduknya seramai 1,000 orang di mana 1/3 adalah orang-orang Cina.Hasil bijih timah juga semakin meningkat dan dipercayai dapat diperolehi sebanyak 3,600 pikul setahun,” kata Amirudin melalui ciapan bersiri di Twitternya.

Amirudin berkata, Lukut kemudian menjadi terbiar, sebelum dibangunkan semula oleh Raja Jaafar bersama dua anakandanya, Raja Abdullah dan Raja Jumaat sehingga bandar itu menjadi maju dan setanding dengan bandar-bandar besar lain di Selangor.

Namun, ujarnya lagi, kemer0sotan hasil bijih timah menjadi faktor penghijrahan penduduk Lukut ke kawasan lain.
“Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura.

“Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong (kini Seremban yang merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan). Penyerahan itu juga bersekali penyerahan lokaliti Beranang dan Semenyih kepada Selangor,” jelas Menteri Besar Selangor itu lagi.

Ciapan bersiri itu nyata menarik perhatian Aminuddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat, dan bersel0roh dengan Amirudin sekiranya Selangor berhajat untuk mendapatkan kembali Nilai 3.


“Berapa harga nak beli Nilai 3 ya? He he he,” sel0roh Menteri Besar Negeri Sembilan itu lagi.

Terdahulu, Neelofa, 32, dan suaminya yang turut dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, mengaku tidak bers4lah atas dakw4an gag4l mematuhi pr0sedur operasi standard (SOP) Perintah Kawa4an Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana g4gal membuat imbasan melalui aplikasi MySejahtera.

Kedua-dua individu tersebut did4kwa melakukan kes4lahan tersebut sewaktu membeli barangan di sebuah kedai karpet di Nilai 3, pada 2 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Nilai Supritendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas sias atan berhubung d4kwaan merent4s negeri telah dihantar semula ke Pejabat Pegu4m Negara untuk penel1tian.

 

 

Sumber: Awani