Bakal sambung PhD, ini fakta menarik Nazeera Sardi, pemegang watak Cik Chun Kampung Pisang Muzikal Raya Istimewa

Hampir sedekad dalam industri seni, Nazeera Sardi akur dengan tahap populariti dirinya yang tidak segah mana.

Mungkin kerana sepi dari sebarang kontr0versi,kehadirannya masih sekadar ada.

Namun Nazeera mula membuka dimensi baharu dalam kariernya apabila dia dipilih berlakon di bawah arahan pengarah prolifik, Mamat Khalid menerusi drama bersiri Kampong Pisang Bersiri-Siri dan seterusnya melalui filem terbaru terbitan Astro Shaw, Kampung Pisang Muzikal Raya Istimewa yang ditayangkan di Astro First.

Dalam filem itu, dia memegang watak Cik Chun iaitu kekasih kepada Husin lakonan Dato Awie.

Mari kita lihat fakta menarik yang lain mengenai si manis ini.

1. Nama penuh Siti Nazirah binti Sardi

2. Lahir 10 Oktober 1986.

3. Berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan.

4. Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Pusat pendidikan
Universiti Putra Malaysia (UPM)

5.Terkenal menerusi drama lakonannya termasuk Hanya Padamu, Demi Cinta Ain, Pembancuh Kopi Mr. Vamp1re dan Cinta Fatamorgana.

6.Bukan sahaja pelakon, Nazeera juga ialah model, penyanyi, pengacara dan ahli perniagaan.

7.Pada tahun 2017, Nazeera mula mencuba dalam bidang muzik dengan melancarkan single pertamanya, “Tetap Ada Cinta”.

8. Menjalankan beberapa perniagaan seperti produk penjagaan kesih4tan dan k0smetik.

9.Pernah dikaitkan mempunyai hubugan istimewa dengan Jep Sepahtu.

10.Merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang perniagaan.

 

 

 

 

Sumber:K0smo