“5 ahli keluarga positif, tapi Mak dah 50-50, d0ktor terus-terang terpksa pilih yang muda kerana peluang ‘survive’ tinggi”- Anak seb4k imbas pemergian ibu

Tarikh 28 Mei pasti tidak akan dilupakan oleh Siti Raudhah Md Yatim sehingga akhir hayatnya.

Pada tarikh itulah, ibunya, Hajah Saby Musa, 63, menghembuskan nafas terakhir selepas seminggu berjuang mel4wan Covid-19.

Menurut Siti Raudhah, 39, semuanya bermula pada 2 Syawal (14 Mei) lalu apabila bapanya mula mengalami dem4m, disusuli oleh adik dan ibunya dua hari kemudian.

“Mak, abah dan adik lelaki tinggal serumah di Sungai Buloh, Selangor. Disebabkan mereka tiga-tiga demam, salah seorang kakak saya datang ke sana untuk tolong bawa ke klinik tapi masa itu belum buat uj1an calitan.

“Keesokannya, mak mula mengalami simptom-simptom yang biasa dialami oleh pesak1t Covid-19. Pada 18 Mei, tersebar berita bahawa ada jemaah masjid dekat rumah mak dan abah positif Covid-19.

“Sesiapa yang ada hadir ke masjid dalam tempoh 10 hingga 14 Mei diminta membuat uj1an calitan. Mak, abah, adik lelaki, kakak dan abang ipar buat ujian dan keputusan yang keluar pada 21 Mei menunjukkan kelima-lima mereka positif Covid-19,” ceritanya.

Cerita Siti Raudhah lagi, keesokan harinya, iaitu pada 22 Mei, bapa dan adiknya dibawa ke pusat kuarantin kecuali ibunya dibawa ke H0spital Kuala Lumpur kerana kandungan oksigen dalam dar4h bermas4lah. Tambahan pula arwah mempunyai sejarah dar4h tinggi, kencig manis dan juga minor str0k.

“Maka berpis4hlah mak dengan ayah buat sementara waktu. Bayangkan mak di HKL, adik dan abah di pusat kuarantin, kakak dan suaminya kuarantin di rumah. Hanya panggilan telefon saja menghubungkan kami,” ujarnya yang juga pekerja sektor awam ini.

Beberapa hari kemudian, Siti Raudhah berkata doktor di HKL meminta waris untuk datang ke h0spital untuk membincangkan keadaan kesih4tan ibunya.

“Doktor berterus terang dan beritahu keadaan mak 50-50. Mak masih sedar namun dia perlukan bantuan oksigen.

Doktor kata jika ada k3s yang lebih muda daripada mak, mereka terp4ksa memilih pesak1t muda kerana peluang untuk ‘survive’ tinggi.

“Saya reda dan cuba positif, berserah segala-galanya pada Allah. Rezeki saya, saya dibenarkan masuk jumpa mak. Dengan berbaju PPE, saya masuk jumpa mak.

“Mak sedar dan boleh bercakap cuma mengah. Saya sempat bacakan surah Yasin, sikat rambut mak, pakaikan tudung, dan minta maaf atas segala salah silap. Saya cuba untuk tak menagis di depannya walaupun terlalu sebak,” ujarnya.

Pada 28 Mei, Siti Raudhah berkata ibunya sempat membuat panggilan telefon dengan bapanya dan mereka saling bermaaf-maafan.

“Pagi tu lepas subuh, kakak pun sempat buat video call dengan mak dan beritahu wajahnya berseri. Mungkin kes1hatannya ada kemajuan.

“Dalam lingkungan pukul 7.50 pagi, kami dapat panggilan yang memang tak disangka-sangka daripada d0ktor yang memaklumkan mak menghembvskan nafas terakhir dalam tidur.

“Allah…. mudahnya cara mak pergi. Dalam tidur dan pagi Jumaat pula,” ceritanya lagi .

Ujar Siti Raudhah, sungguhpun dirinya teramat sed1h dengan pemergian ibu kesayangan, namun bapanya adalah insan yang paling terkes4n memandangkan kehilangan teman hidup yang bersama-samanya ketika sus4h senang sejak 49 tahun lalu.

“Abah dibenarkan pulang pada 30 Mei, dua hari selepas ibu ‘pergi’. Masa sampai di luar rumah, abah terlalu seb4k dan tak mampu nak masuk dalam rumah sebab mak dah tak ada.

“Luluh hati kami tengok abah… abah dan mak memang selalu buat segala benda bersama, memasak, berkebun dan apa sajalah. Pakaian pun masih nak sedondon. Betapa romantiknya mereka. Jadi memang tak dapat bayangkan perasaan abah yang hilag teman hidup.

“Lama juga nak pujuk dan tenangkan abah sebelum dia masuk rumah. Sekarang ni saya temani abah buat sementara waktu. Saya sediakan lauk yang arw4h mak biasa masak, dan pastikan dia tak keseorangan,” ujarnya.

“Bagi saya yang sudah rasa pedihnya kehilagan ahli keluarga kerana Covid-19, memang ia rindu yang takkan terluah. Namun kami menerimanya dengan reda.

“Jadi bagi mereka di luar sana, harap kita semua ada kesed4ran untuk sama-sama law4n Covid-19. Memang semua rindu keluarga tapi buat sementara ni, video call dulu. Kalau ada yang ‘pergi’, dah tak boleh nak tengok muka dan bercakap macam biasa dah,” ujarnya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar