Baru seminggu bergelar isteri, ‘Kakak’ Siti Aafiyah dihimpit k0ntroversi

Baru sahaja seminggu lebih mendirikan rumah tangga, pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nur Hidayah Zubit dihimpit kontr0versi yang dia did4kwa melaggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menurut Nur Hidayah, 25, perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Pulau Pinang bagi melangsungkan pernikahan telah  mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Saya pulang ke Pulau Pinang sebelum arahan lockd0wn. Ikut perancangan awal saya sepatutnya bernikah pada 4 Jun tapi terpaksa awalkan pada 31 Mei disebabkan total lockd0wn. Kiranya panic nikah juga la, tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

“P0lis beri kebenaran sebab memang kami dah lama planning dan memang dah ada tarikh nikah pun. Rasanya kalau orang tu tiba-tiba nak balik bernikah mungkin mereka tidak akan benarkan.

Menurut Nur Hidayah, tiada sebarang majlis diadakan kecuali bapanya yang bertindak sebagai wali dan juru nikah sahaja yang berada di Pejabat Agama Seberang Perai Utara.

Sebelum ini kec0h dalam kalangan netizen apabila Nur Hidayah yang juga pengasuh kepada Siti Aafiyah itu merentas negeri ke Pulau Pinang bagi tujuan melangsungkan pernikahan.

Lebih menimbulkan keresahan apabila isteri kepada pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali ini didapati pula bergerak ke Pantai Timur.

Bagaimanapun jelas Nur Hidayah dia juga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa atas alasan mengikut suami.

“Lepas majlis nikah selesai, saya pun terus ikut suami pulang ke Terengganu sebab dia kerja di sini.

“Majlis sebelah pihak suami sepatutnya diadakan pada Sabtu ini (11 Jun) tapi nampaknya ia terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain nanti,” katanya yang kini masih berada di Terengganu.

Bercakap mengenai tugasnya sebagai pengasuh kepada Aafiyah, Nur Hidayah berkata dia akan meneruskan tanggungjawabnya termasuk komitmen terbaharu iaitu menjaga anak kedua Siti, Muhammad Afwa yang dilahirkan pada 19 April lalu.

“Walaupun sudah berkahwin, saya masih bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak Siti Nurhaliza.

“Sebelum kahwin lagi, memang saya dan suami dah berbincang tentang hal ini dan kami akan berjauhan disebabkan pekerjaan masing-masing.

“Buat sementara ini, saya masih lagi berada di Terengganu disebabkan total lockd0wn. Mungkin lepas ini saya akan bincang dengan Siti mengenai keperluan untuk dapatkan surat sebabkan saya bekerja di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Nurhidayah yang merupakan graduan bidang kejururawatan daripada sebuah kolej di Pahang ini mula berkhidmat sebagai pengasuh Aafiyah sejak tahun 2018.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar