Keith Foo tawar diri jadi sukarelawan di PPV

Sudah sebati dengan kerja-kerja sukarelawan dalam dirinya, pelakon, Keith Foo tidak ketiggalan untuk bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV).

Dia yang merupakan sukarelawan dibawah Persatuan St. John Ambulance Malaysia Cawangan Negeri Sembilan berkata, ketika ini, dia sudah bertugas selama tiga hari di PPV Hospital Pakar CMH.

Tambahnya, dalam keadaan penggambaran drama yang terpaksa diberh3ntikan sementara ek0ran pelaksanaan Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) ketika ini, dia megambil peluang dengan mengisi waktu yang ada sebagai sukarelawan.

“Dalam keadaan penigkatan kes Covid-19 ketika ini, saya rasakan, ini waktu yang baik untuk saya membantu terutama menguragkan beban petugas barisan hadapan.

“Sebelum ini, saya banyak terlibat dalam program kemanusiaan seperti banjir, program derma d4rah dan pengedaran peralatan perlindungan diri (PPE) ke h0spital dan klinik, namun, kali ini cabarannya membantu mempercepatkan proses pendaftaran dan mengisi borang di PPV, saya seronok dapat berjumpa dengan penerima vaksin terutamanya dalam kalangan warga emas,” katanya ketika ditemui pemberita.

Pelakon yang berasal dari Gemas ini memberitahu, sebelum ini, sekiranya dia tidak terlibat dalam sebarang penggambaran drama, memang dia akan turun padang membantu golongan yang memerlukan.

“Saya sudah terlibat dalam bidang kesukarelawanan sejak tiga tahun lalu, ia sudah sebati dengan hidup saya.

“Pernah sekali saya menyertai aktiviti sukarelawan pada bulan Ramadan lalu di H0spital Tuanku Ja’afar (HTJ), saya puas dapat membantu petugas barisan hadapan dan apabila saya pulang, saya tidur lena,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose itu menjelaskan, dia berhasrat untuk menerbitkan sebuah d0kumentari berkaitan aktiviti kesukarelawanan satu hari nanti.

“Penglibatan saya dalam bidang ini dilihat sebagai pemangkin semangat untuk orang lain menyertai aktiviti seperti ini. Mungkin satu hari nanti boleh buat satu kisah mengenai aktiviti kesukarelawanan ini,” katanya.

Menyentuh mengenai kariernya, Keith memberitahu dia telah selesai menjalani penggambaran beberapa buah telefilem dan drama.

“Antaranya adalah drama Dia Bukan Bidadari dan telefilem Gostan pula akan ditayangkan pada Sabtu ini dalam slot drama TV RTM,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

 

Sumber:UM