Tidak din4fikan, pihak h0spital telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk setiap pes4kit. Namun, ia tidak bermaksud boleh terlepas dari sebarang kesilap4n yang tidak diingini seperti kes bayi tertvkar.
Semalam kec0h di media s0sial seorang usahawan dalam talian, Siti Suriani Wahiddin dan suami berdepan detik cem4s apabila menyedari bayi mereka yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi lain.
Bagaimanapun,mereka menyedari itu bukan anak mereka ketika suami Suriani mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain yang dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.
Kejadian ini berakhir dengan gembira apabila pasangan suami isteri itu dapat menjejaki semula bayi asal mereka kurang dari 48 jam selepas ia didapati tertukar.
Sebenarnya ada satu lagi kisah bayi tertukar yang lebih menggemparkan negara satu masa dulu.Ia melibatkan perpis4han yang berpuluh-puluh tahun lamanya serta membabitkan soal bangsa dan agama.
Perkara ini berlaku pada tahun 2007 yang mana ketika itu sudah 29 tahun keluarga ini ‘berpisah’ dengan bayi lelaki mereka.
Segalanya terbogkar lapan tahun sebelum itu, di mana Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja. Gadis itu kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya.
Sepanjang pertemuan, sepasang suami isteri itu yakin Zulhaidi adalah anak mereka dan mereka bersetuju menjalankan ujian DNA. Keputusan DNA itu amat mengejutkan apabaila mereka didapati mempunyai pertalian d4rah!
Gadis yang sering merenungnya itu rupa-rupanya adalah kakak kandung Zulhaidi yang mengesy4ki bahawa Zulhaidi itu adalah adiknya kerana iras wajah seakan muka ayahnya.
Keluarga itu kemudian mendedahkan perkara sebenar demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.
Bapa sebenar Zulhaidi, Teo Ma Leong menceritakan sebulan selepas kelahiran anaknya, mereka mula berasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga lain.
Sementara Zulhaidi pula menceritakan, sejak kecil lagi dia selalu berasa pel1k apabila sering diejek kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.
Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meniggalkan keluarga tersebut.
Kata Zulhaidi, bapanya yang berbangsa Melayu meniggalkannya ketika berumur tiga tahun. Ibunya yang pada ketika itu pula, kemudian bernikah lagi tetapi disebabkan Zulhaidi sukar menyesuaikan diri dengan bapa tiri, maka dia meniggalkan rumah itu serta ‘keluarga’nya.
Teo Ma Leong mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.
Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, yang telah berkahwin dengan seorang gadis Cina, tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.
Menurut Teo Ma Leong,awalnya ada mereka memeriksa dengan pihak h0spital, namun tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan. Jadi, mereka meneruskan kehidupan membesarkan Teo Tian Fa seperti biasa walaupun terdetik anak sebenarnya ada pada keluarga lain.
Bukan itu sahaja,Teo juga menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai terpaksa melalui f1tnah dan g0sip l1ar masyarakat sekeliling yang menudvhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan h4ram tetapi dia lebih mengenali pasangannya dan yakin penuh padanya.
Selepas menemui anak sebenar mereka, pasangan suami-isteri ini mengambil masa selama lapan tahun untuk menuntut hak mereka melalui khidmat guaman tetapi tidak diend4hkan.
Kemudian, mereka meminta bantuan pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi pada ketika itu untuk menukarkan identiti Zulhaidi dan seterusnya membawa perkara tersebut kepada kerajaan negeri.
Apa yang mem1lukan dengan kisah tertukar bayi ini ialah, bagaimana seseorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima agama lain. Bagaimanapun kesil4pan itu tidak boleh diletakkan sepenuhnya ke atas Zulhaidi kerana dia membesar dalam keluarga Melayu tetapi dia tidak mendapat didikan yang betul tentang Islam.
Manakala anak Melayu yang dibesarkan dalam keluarga Cina tidak pula berminat untuk mencari keluarga asalnya, mungkin kerana keluarga yang kini telah menjaganya dengan baik.
Sumber: The Star, Ricky Wan via Odisi