Adik OKU jadi wira selamatkan dua abang dari kebakaran

Siapa sangka seorang yang cacat pendengaran malah bisu mampu menyelamatkan ahli keluarganya yang lain dari dij1lat api.

Sepertimana yang diceritakan oleh magsa,guru Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Shukuriah Che Mat, 50,mengimbas mus1bah menimpa keluarganya, wanita itu berkata, kejadian berlaku ketika tiga anaknya berada di rumah keluarga di Taman Scientex di sini, manakala dia dan suaminya bermalam di rumah lama keluarga di Taman Mawar di sini.

“Anak syurga saya yang cacat pendengaran dan bisu nekad mengetuk pintu bilik tidur yang berkunci selama beberapa minit demi mengejutkan dua orang lagi anak lelaki saya yang sedang tidur ketika rumah dijilat api,” ujar Shukuriah.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 5 pagi pada 7 Jun itu mula disedari anak bongsunya, Siti Aisyah Syafyah Dzulkifkie, 11, yang tidur di ruang tamu.

Katanya, Siti Aisyah yang melihat ruang tamu kediaman teres dua tingkat itu terbakar bergegas berlari ke bilik tidur abangnya di tingkat dua demi menyelamatkan mereka.

“Hanya Tuhan saja mengetahui detik cem4s yang dilalui Siti Aisyah kerana dia yang tidak mampu menjerit, sebaliknya hanya dapat mengetuk pintu bilik.

“Apabila abangnya membuka pintu, dia yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat meminta kedua-dua abangnya bersamanya untuk turun ke bawah dan menyelamatkan diri menggunakan pintu belakang sebelum api marak.

“Anak lelaki saya masing-masing berusia 14 dan 18 tahun hanya sempat membawa telefon bimbit sebelum menghubungi saya dan bomba.

“Saya bersyukur kerana kesemua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang keced3raan dalam kejadian itu,” katanya.

Shukuriah berkata, dalam kejadian berkenaan, hampir 90 peratus ruangan di rumahnya musnah hingga mengakibatkan kerugian RM160,000.

Menurutnya, keluarganya difahamkan bahawa kejadian berpunca daripada litar pintas.

Katanya, keluarganya amat terkesan akibat kejadian itu kerana buat masa ini mereka bergantung sepenuhnya kepada pendapatannya, berikutan suami, Dzulkiflie M Sakan, 48, sudah berhenti kerja sejak Oktober 2020.

“Rumah lama kami dihuni oleh beberapa anak tiri saya bersaiz agak kecil dan tidak sesuai sekiranya kami sekeluarga tinggal di situ.

“Semua barangan persekolahan anak selain komputer digunakan untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga sudah mvsnah dan saya berharap ada pihak yang membantu terutama membiayai sebahagian kos membaik pulih rumah.

“Buat masa ini hanya saya sahaja bekerja dan mustahil bagi menggunakan pendapatan untuk membiayai kos membaik pulih rumah sehingga suami berjaya mencari pekerjaan baharu,” katanya.

Sumber:HM