Dari ratu cantik ke ahli akademik, Vanidah Imran tak betah duduk diam walau usia menghampiri 50-an

Vanidah Imran bukan suatu nama yang asing dalam dunia seni. Bakat seni yang ada dalam dirinya tidak bersandarkan rupa paras semata-mata.

Dikurniakan wajah klasik, Vanidah pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 1993 ketika berusia 20 dan berjaya merangkul tempat kedua (First Runner-Up). Dalam pertandingan ratu cantik itu wanita yang berketurunan India-Jawa ini turut memenangi gelaran Miss Photogenic.

Kerjaya seni Vanidah bermula melalui filem Putera arahan Zulkifli M. Osman dengan memegang watak sebagai Wan Nuraini, nyata Vanidah tidak sia-sia memulakan kerjaya seninya seawal usia 21 tahun.

Selepas Putera, wanita yang berbakat besar ini semakin laju merencana perjalanan karier seninya.

Usaha itu berbaloi apabila lakonannya dalam filem The Red Kebaya melayakkan dirinya untuk menggondol Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007.

Biarpun rumahtagga yang dibina selama 17 tahun bersama aktor Rashidi Ishak musn4h di tengah jalan, ia tidak mema-tahkan semangat wanita cantik ini.

Sewaktu masih bergelar isteri lagi,di samping sibuk dengan aktiviti seni, Vanidah tetap mampu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.

Empat tahun ‘berjuag’ membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan pelajaran akhirnya bekas pelajar sekolah Convent Bukit Nanas ini berjaya memperoleh Ijazah Bahasa Inggeris di Universiti Terbuka Malaysia.

Ternyata ibu kepada dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 20 tahun dan Maryam Rashika, 17 tahun  membuktikan bahawa dia wanita hebat dalam multitasking.

Bak kata pepatah hendak seribu daya tak nak seribu dalih, kini wanita yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48 pada bulan Oktober nanti bakal mengapai impian yang seterusnya sebagai seorang pensyarah.

Buat masa ini, difahamkan Vanidah telah bergelar pensyarah separuh masa di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Dalam masa yang sama, dia sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Seni Persembahan Drama di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Melihat foto yang dikogsikan oleh Vanidah di laman media s0sial semasa menyambut Syawal baru-baru ini kelihatan anak-anaknya sudah membesar dan seperti adik-beradik sahaja lagaknya.

Semoga Vanidah terus sukses pada masa akan datang dan menjadi ikon untuk wanita moden masa kini.

 

 

 

Sumber:N0na