Mendiang Suzzanna Martha Frederika Van Osch atau Suzanna sangat dikenali ramai di Indonesia dan mahupun di Malaysia pada era 90-an, dek kerana lak0nan hantunya yang mantap.
Dipetik dari Wiken, setelah 13 tahun pemergian aktres legenda ini para peminat baru terperasan bahawa di batu nisan pelakon ‘Sundel Bolog’ ini tidak mempunyai tarikh kem4tiannya kecuali nama penuh dan tarikh lahir Suzanna sahaja.
Menurut suami Suzanna iaitu Clift Sangra, ketika hayatnya, aktres jelita ini ada meniggalkan beberapa surat wasiat di mana dirinya mahu dimakamkan bersama anak sulungnya Ari Adrianus dan kakaknya Irene Beatrix Van Osch di dalam satu liang lahat.
Suzanna bukan sahaja sudah merancang menyediakan makam pengebumiannya sendiri, malah Clift memberitahu Suzanna sudah siap menyediakan lakaran tempat ‘istirehat’nya.
“Dia meminta agar kertas HVS, gambarnya ada di atas seramik warna coklat dan dibawahnya ada batu-batu.” Ujar Clift lagi.
Dimaklumkan semasa makam tersebut disiapkan tukang ukir telah mengukir nama dan tarikh kelahiran Suzanna, manakala ruang tarikh kem4tian dibiarkan dahulu kerana ia disiapkan ketika aktres tersebut masih hidup.
Setelah Suzanna meniggal dunia, Clift meminta tukang ukir batu nisan mengukir tarikh kem4tian Suzanna iaitu 15 Oktober 2008 pada seramik pemakaman.
Malagnya tukang ukir tidak dapat mengukir tarikh kem4tian aktres jelita ini kerana alat yang digunakan menggunakan kuasa elektrik, sedangkan kawasan pemakaman tersebut tidak ada sumber eletrik maka kerana itulah sehingga ke hari ini batu nisan Suzanna tidak mempunyai tarikh kem4tian.
Oo..itu puncanya. Ni mesti Korang dah fikir bukan-bukan kan? Tak baik tau.
Sumber:Mur4i