Add Math tak pernah lulus, sekali SPM dapat gred A, gadis cantik ini kogsi rahs1a kejayaannya

Rakaman seorang gadis yang tidak dapat menahan seb4k tatkala menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Khamis lalu telah meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Selain ucapan tahniah daripada netizen, ramai yang turut meniggalkan komen memuji paras rupanya sehingga dia digelar ‘beauty with brain’ berikutan keputusan cemerlangnya itu.

Gadis manis yang dimaksudkan itu bernama Sarah Hannah, bagaikan hilag kata-kata apabila menerima reaksi luar biasa netizen susulan perkogsian video olehnya tempoh hari.

“Saya rakam video itu untuk tunjuk kepada famili,  hantar kepada abang saya dan dia pula kogsi video itu di Twitter, saya pula pot di TikTok.

“Rasa bersyukur, macam tak percaya bila ramai sangat yang wish kepada saya. Saya sangat terharu dan terima semua komen dengan hati terbuka.

“Terlalu ramai yang beri sokogan. Saya pun sukar percaya dengan keputusan SPM itu. Rasa nak menangis, gembira, semua ada,” ujar anak bongsu daripada dua beradik yang menetap di Kajang, Selangor itu.

Mesra disapa Sarah, dia paling gembira dan tidak menyagka apabila berjaya memperolehi gred A dalam subjek Matematik Tambahan.

“Add Math tak pernah lulus sepanjang sekolah. Tiba-tiba dapat A. Dulu memang tak boleh score.

“Kalau Add Math, saya buat latihan banyak-banyak. Sebelum SPM, saya buat kertas percubaan Add Math dari setiap negeri, bukan sekali tapi saya buat beberapa kali,” jelasnya lagi.

Menurut Sarah, dia juga merancang untuk membuka saluran YouTube dan berkogsi petua belajar tidak lama lagi.

“Saya biasanya selepas pukul 12 malam, memang dah tak ‘masuk’ kalau nak belajar. Saya suka belajar selepas Subuh sampai ke tengah hari.

“Sebenarnya saya ingat nak buat YouTube untuk kongsi tips belajar. Saya rasa ada banyak tips, saya juga ada cara tersendiri dan berbeza daripada orang lain.

“Tapi ini masih dalam rancangan,” ujarnya yang meminati subjek Biologi.

Dalam pada itu, dia juga mengakui ada menerima komen netizen yang tertanya-tanya mengenai asal-usul serta keturunannya.

Jelas Sarah lagi, dia tidak mempunyai sebarang dar4h kacukan dan berbangga menjadi anak jati negara Malaysia.

“Saya tiada mix. Saya memang pure Malaysian. Dilahirkan di sini. Mak ayah saya berkerunan Punjabi.

Sarah turut  memasang impian untuk menyambung pengajian ke luar negara, suatu hari nanti.

 All the best, Sarah! 

 

 

 

Sumber:Mstar