Hutang dengan Ah Long antara punca pesara tentera menginap bawah jambatan

Tular baru-baru ini kisah bekas pesara tentera yang terpaksa duduk di bawah jambatan bersama keluarganya akibat kekangan kewangan.

Pesara terbabit,Suria Mohamad Hassan, 59, berkata dia lebih gemar mendiamkan diri dan tidak mahu berkogsi kesu-sahan hidupnya dengan sesiapa termasuk kawan rapat.

Namun apabila kisahnya mendapat perhatian secara mendadak, dia tidak menyangka ada juga yang melem-parkan kata-kata nista kepadanya.

“Saya terima dan reda apa yang mereka cakap kerana mereka tidak tempuhi apa yang saya lalui p4hit maung sebelum Covid-19″

Suria yang merupakan bekas anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Bosnia itu berkata, mereka yang berkata demikian tidak berada di tempatnya yang terpaksa menempuh kepa-hitan hidup sebelum penularan w4bak Covid-19 lagi.

“Saya meniaga macam-macam dan bukan duduk sahaja. Bangun tidur saya meniaga mencari nafkah untuk anak dan isteri kerana itu tanggungjawab saya,” katanya lagi.

Bekas pesara tentera itu yang bekerja sebagai penjual buah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tinggal di Flat Sri Sabah bersama keluarga mertua.

Namun gara-gara jumlah penghuni yang ramai di situ melebihi 13 orang, mem4ksa dia membawa isteri dan anak-anak tinggal di bawah jambatan.

Suria dan Azariyah berkahwin pada tahun 2012, yang mana ia adalah perkahwinan kedua buat mereka dan dikurniakan empat anak iaitu Saidatina Nurain, 9, Shahwal Wafi, 7, Aishah, 5, dan Mawar, 3.

Seorang lagi anak yang tinggal bersama adalah hasil perkahwinan pertama Azariyah.

Dia mendapat pencen tentera sebanyak RM900 sebulan namun perlu membayar kepada ah long sebanyak RM600 sebulan kerana membuat pinjaman untuk modal meniaga buah-buahan sebelum ini.

Beliau ditemui selepas lawatan ihsan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun di ‘rumahnya’ di bawah jambatan Loke Yew.

Susulan daripada itu Rina mengambil inisiatif memindahkan tujuh beranak ini ke rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras serta-merta.

Kata beliau, Suria, isteri bersama lima anak mereka akan ditempatkan di rumah itu selama seminggu.

Selepas itu pihak kementerian akan berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mendapatkan rumah yang selesa untuk diduduki dan bantuan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Mengenai perancangan selepas ini, Suria memberitahu dia akan meneruskan perniagaan buah-buahan walaupun bakal mendapat kediaman baharu di kawasan lain.

Jelas beliau, pada masa sama, dia akan mendapatkan rawa-tan terbaik untuk anak kedua dan bongsunya yang mengidap asma dan paru-paru berair.

Selain itu dia juga akan menyelesaikan surat beranak bongsu yang masih belum dibuat gara-gara tidak mampu membayar kos lewat pendaftaran surat itu.

“Saya juga terasa tehutag budi dengan semua pihak termasuk menteri, pengarah, semua sekali, media, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pelbagai agensi dan orang ramai yang memberi sumbangan dan yang masih ingat dengan saya.

“Saya ucap terima kasih dah hanya Allah yang mampu membalas kebaikan semua,” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber: MalaysiaGazette