Nafi Senario berpec4h, ini perkembangan terkini Wahid

Awal 90-an, kumpulan lawak Senario menjadi fen0mena hebat dalam industri lawak tanah air.

Bukan semata-mata lawak,setiap cerita yang disampaikan oleh kumpulan Senario terselit nilai moral dan pengajaran.

Namun itu dulu. Selepas ahli kumpulan itu mengambil keputusan untuk membawa hala tuju masing-masing, yang kerap muncul di kaca TV hanyalah Saiful Apek dan Azlee.

Tahun terakhir Wahid dilihat aktif adalah pada 2011 menerusi rancangan Melodi dan pada ketika itu dia digandingkan bersama Fara Fauzana untuk mengacara program berkenaan.

Difahamkan Wahid kini menetap di kampong halamannya di Ipoh, Perak dan menjadi penyampai radio untuk Hingker FM.

Bertanyakan kehidupan baharu Wahid, dia memberitahu yang kini dia lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid. Walau bagaimanapun itu tidak bermaksud dia meniggalkan segala aktiviti seninya.

Jelas Wahid, dia masih menerima tawaran aktiviti hiburan sekiranya ada yang sudi.

Disapa hal jarang muncul di kaca tv, dia akui yang dirinya sudah jarang mendapat tawaran untuk melakukan persembahan bahkan berlakon sekali pun. Mungkin kerana Wahid sendiri yang kurang menonjolkan diri di media s0sial.

Apa pun Wahid lebih selesa mendalami ilmu agama dan jelasnya dah jadi tanggungjawab seorang muslim untuk menyampaikan kebaikan di tahap umurnya sebegini. Dia kini lebih kerap dijemput sebagai tetamu di program agama dan juga dakwah.

Menurut Wahid, kumpulan Senario tidak pernah berpec4h. Mereka masih seperti dulu, tetap berhubung melalui Whatsapp dan kali terakhir mereka berjumpa ialah pada 2017.

Diharapkan kumpulan Senario akan kembali membuat comeback melalui program dan sketsa seperti dulu-dulu.

Tentu ramai peminat menanti persembahan mereka. Sama-sama kita doakan agar Wahid dan kumpulan Senario dimurahkan rezeki untuk mereka kembali beraksi.

 

 

 

Sumber:mykmu