Pernah dilabel pencuri hanya kerana miskin, kini Mamasab mampu derma RM1 juta ke G4za!

SEBUT sahaja Mamasab, bayangan kotak rona merah jambu dengan aroma haruman manisan kek pasti berlegar-legar di kotak fikiran umum.

Begitupun di sebalik populariti yang ada pada jenama kek ini, pasti ramai yang tidak tahu, Mamasab International Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat yang menjual produk-produk bakeri dan manisan sebenarnya diasaskan oleh bekas radiografer Pusat Peru-batan Universiti Malaya.

Biarpun bidang yang diceburinya berbeza, namun pemilik nama Siti Noor Sabrina Soobri, 36, ini tidak menjadikan situasi tersebut sebagai alasan untuknya terus maju ke hadapan.

Memulakan perniagaan kek dan bakeri dari rumah pada tahun 2014, Sabrina mengambil keputusan untuk meniggalkan dunia ‘makan gaji’ dan terus f0kus dengan perniagaan yang baru diceburinya apabila semakin hari tempahan kek yang diterima membuatkan dia ‘tak memang tangan’.

Percaturan Sabrina ternyata berbaloi kerana tidak sampai 10 tahun, Mamasab International kini memiliki 13 cawangan seluruh Malaysia dengan hasil jualan sebanyak RM100 juta bagi tahun 2020.

Namun di sebalik kejayaan itu, Sabrina tidak pernah lupa asal usulnya. Seperti yang dikogsikan oleh portal N0na, Sabrina berkogsi kisah sedih yang pernah menimpa dirinya sewaktu di bangku sekolah.

“Kisah ini jarang saya ceritakan pada sesiapa. Tapi memang sangat menyed1hkan kalau diingat semula.

Waktu tu saya baru Tingkatan 4 dan sekolah berasrama penuh. Suatu hari, berlaku kes kecu-rian yang melibatkan pelajar. Susulan kes ni, almari lokar dan barangan peribadi pelajar asrama yang lain pun digeledah bagi mencari semula duit tersebut.

Nak dijadikan cerita, mereka menemui sejumlah wang sebanyak RM400 di almari saya. Duit itu sebenarnya adalah duit simpanan saya semasa memenangi hadiah anugerah cemerlang PMR dan ia langsung tak bersentuh sampai ke waktu itu.

Saya ditudvh pencvri hanya kerana penemuan sejumlah wang di almari saya. Banyak kata-kata n1sta yang dilemparkan… hanya kerana asal saya dari keluarga susah.

Hal itu sampai sekarang saya pend4m dan simpan sebagai kenangan p4hit dalam hidup ini. Bila kita orang m1skin, sudah menjadi adat dalam masyarakat bahawa kitalah yang selalu bers4lah.”

Peristiwa itu juga membuatkan dia tekad untuk mengubah nasib keluarganya, termasuk juga anak-anaknya yang seramai empat orang agar mereka tidak melalui pengalaman yang sama.

“Saya sangat sensitif bila membicarakan hal kesu-sahan hidup. Sebab itu dalam bisnes pun, saya sangat ambil berat hal ‘anak-anak’ Mamasab Warrior.”

Selepas puas dicungkil, barulah Sabrina membuka cerita tentang kerja kebajikan yang dibuat baru-baru ini.

“Kami salurkan bantuan wang sebanyak RM1 juta kepada Persatuan Cinta G4za Malaysia. Sedekah itu diniatkan untuk membantu kanak-kanak Pal3stin yang ahli keluarganya syahid dalam pepe-rangan.

Saya tak berniat nak menguar-uarkan bantuan ni. Segala bantuan adalah ikhlas kerana Allah Taala mengenangkan nasib kanak-kanak yang cukup susah di sana,” cerita Sabrina lagi.

Dalam tempoh tujuh tahun berniaga, rekod terbaik empayar Mamasab International apabila pernah berjaya mencapai jualan sebanyak RM20 juta sebulan!

Dengan outlet yang banyak di serata negeri, kemampuan Sabrina hari ini sudah sepatutnya membolehkan wanita itu bersenang-lenang dengan pakaian mewah dan beg berjenama terkenal.

Tetapi Sabrina sebaliknya. Beliau lebih selesa dengan kehidupan sederhana dan kebanyakan barangan yang dipakai adalah hadiah daripada ‘anak-anak’ Mamasab Warrior yang menghargai pemimpin kesayangan mereka.

*Mamasab Warrior merupakan gelaran untuk anak-anak didikan Sabrina yang kini mencapai puluhan ribu orang.

Lebih manis lagi, Sabrina juga pernah dianugerahkan NONA Best Growing F&B Business Award pada tahun 2018 , 100 Top Young CEO Award 2019 Dan Best Networking Business Award pada tahun 2020.

Semoga kisah kejayaan Sabrina menjadi inspirasi buat semua di luar sana, dan semoga perniagaan Mamasab lebih maju pada masa akan datang. 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: N0na