Di mana kaitannya surah AL Kahfi untuk menghadapi f1tnah akhir zaman

Umat Islam sentiasa diperingatkan bahawa sesiapa yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi akan terhi-ndar dari fitnah Dajjal, fitnah akhir zaman. (Mafhum hadith).

Bahkan sekurang-kurangnya dapat menghafal ayat 1-10 surah Al-Kahfi seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)

Pers0alannya apakah yang hebat mengenai surah al-Kahfi ini sehingga boleh lindugi kita dari Dajjal?

Sebenarnya,terdapat 4 kisah utama di dalam surah Al-Kahfi dan kesemua kisah ini mempunyai kaitan rapat dengan empat fitnah paling dahyat di akhir zaman iaitu:

1. Fitnah agama (Kisah pemuda yang bersembunyi di gua)
2. Fitnah harta (Kisah pemilik dua kebun)
3. Fitnah ilmu ( Kisah Nabi Musa dan Khidir)
4. Fitnah Kuasa pemerintahan (Kisah Zul Qarnain)

Kesemua fitnah ini berperanan untuk menyes-atkan anak-anak Adam dengan menghiasi fitnah-fitnah tersebut untuk menjerum-uskan mereka ke lembah nera-ka dan sy1rik kepada Allah.

Di sinilah relevannya bagaimana membaca surah al-Kahfi boleh menghind-arkan diri dari fitn4h Dajjal sekiranya kita memahami dengan jelas isi kandungan surah ini. Firman Allah Taala:

(وَإِذْقُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا)آية50

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan ibl1s; Ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia mende+rhaka terhadap perintah Tuhannya.

Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan 1blis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah mus-uh bagi kamu. Amatlah bu-ruknya bagi orang-orang yang zal1m: pengganti yang mereka pilih itu. (50)

Berbalik kepada empat fitnah besar yang dinyatakan di atas,di sinilah Dajjal akan memainkan peranan menjerum-uskan manusia kepada keku furan.

1. Fitnah Agama.
Dajal akan mengajak manusia supaya menyem-bah dirinya (Dajjal).
Pada permulaannya, Dajjal akan mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah Nabi Muhammad SAW.

Setelah itu dia akan mengaku sebagai Tuhan. Dan ingatlah hanya Allah tuhan yang Maha Esa. Dajjal itu ca-cat matanya sedangkan Allah SWT tidak ca_cat, bahkan tidak sama dengan baharu.

Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

2. Fitnah Harta
Dajjal mampu memerintahkan langit untuk turunkan hujan serta mengvji manusia dengan kemewahan.

Dikhabarkan bahawa: “Di antara ti-pu dayanya dia menyuruh langit supaya menurunkan hujan dan hujan pun turun. Dia memerintahkan bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya maka ia tumbuh.

Dan termasuk uj1an yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan selagi mereka tidak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, maka tanam-tanaman dan ternakan mereka bin-asa dan tidak berhasil.

Dajjal akan datang ke tempat orang-orang yang beriman kepadanya dan mengaku dirinya sebagai Tuhan, maka hujan turun bercurah curah di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun membuahkan hasil.

3. Fitnah Ilmu.

Di antara t1pu daya Dajjal lagi, dia akan berkata kepada manusia: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meniggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?

Orang tersebut berkata: “Tentu.” Maka sya-itan pun datang meny-amar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Di antara fitnah dajal juga ialah ia mampu membuat perkara yang luar biasa dalam ilmu sains dan teknologi. Dia bu-nuh dan membelah dua seseorang. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal لعنة الله عليه itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Sedangkan orang yang dia bu-nuh itu, adalah seorang yang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musu-h Allah.” Hamba ini berjaya mengha-dapi fitnah tersebut.

4. Fitnah Kuasa Pemerintahan.

Dajjal juga akan menguasai sebahagian besar dunia di akhir zaman ini.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat dite-mbusi oleh Dajjal kerana dika-wal oleh Malaikat. Dia hanya berani menhentak kakinya di pinggiran Makkah dan Madinah.

Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah berg0ncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang mun-afik seperti cacing kepa-nasan dan bertemp1aran meniggalkan Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Maka kerana inilah ,Allah Taala yang Maha pengasih lagi Maha pemurah telah memberikan “guidline” kepada umat akhir zaman  dengan membawa contoh yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dalam menghadapi fitnah yang hampir sama dengan fitnah Dajjal.Segalanya ada diterangkan dalam surah Al-Kahfi!

1. Menghadapi Fitnah Agama

Kisah pemuda yang melarikan diri bersembunyi di dalam gua untuk menjaga agama mereka dari raja yang mema-ksa rakyatnya untuk menye-mbahnya. Allah Taala telah meni-durkan mereka selama 300 tahun 9 hari. Usai cerita ini, Allah Taala mengajarkan kepada kita bagaimana cara kita hendak menjaga fitnah agama ini, ayatnya:

)وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا * وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاء فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاء فَلْيَكْفُرْ إِنَّاأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِن يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاء كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءتْ مُرْتَفَقًا( 28-29.
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafs-unya, dan tingkah-lakunya pula adalah melam+paui kebenaran. (28) Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengigkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zal1m itu api ner4ka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang memba-kar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya ner-aka sebagai tempat bersenang-senang. (29)

Konklusinya ialah untuk mengela-kkan fitnah agama,dari mengaku Dajjal itu sebagai Tuhan, kita perlu mendampingi sahabat-sahabat soleh dan guru yang membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

2. Menghadapi Fitnah Harta

Surah Al-Kahfi juga ada menceritakan kisah seorang hamba yang Allah Taala telah kurniakan kepadanya dua kebun yang amat subur tetapi kemudiannya dia ku-fur dengan nikmat tersebut dan mengi-ngkari hari kebagkitan maka Allah Taala telah memu-snahkan kebun-kebun tersebut.

Di sini,Allah Taala telah mengajarkan kepada kita bagaimana hendak selamat dari fitnah harta ini dengan firmanNya:

(وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا * الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌعِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا) آية 45 و46.
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering han-cur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (45)

Harta benda dan anak-anak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.(46)

3. Menghadapi Fitnah Ilmu

Kisah Nabi Musa AS dan orang soleh Khidir. Nabi Musa AS merasakan dia merupakan orang yang paling pandai di atas muka bumi ini.

Lalu Allah Taala menegur Baginda AS bahawa masih ada di sana orang yang lebih pandai (dalam ilmu-ilmu tertentu) dari Baginda. Maka Nabi Musa AS pergi mencari Khidir untuk bertemu dan menuntut ilmu darinya. Tetapi Nabi Musa AS tidak mampu bersabar dengan apa yang dilakukan oleh Khidir AS kerana tidak dapat memahami hikmah dari apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS.
Allah Taala memberi kaedah apa yang perlu dilakukan oleh umat Muhammad dalam menghad-api fitnah Ilmu ini dengan firmanNya:

(قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا) آية 69.
Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan memban-tah sebarang perintahmu”.

Kesimpulannya kepada penuntut Ilmu dan juga orang yang bergelar Ilmuan, jangan sesekali kita rasa bangga dengan ilmu yang kita ada dan darjat yang telah kita perolehi sama ada gelaran Profesor, Doktor PhD dan sebagainya.

Hendaklah sentiasa tawadhu dan mere-ndah diri dengan ilmu yang Allah telah kurniakan. In sya Allah kita akan selamat dari fitnah ilmu pada akhir zaman ini.

4. Menghadapi Fitnah Kuasa

Nabi atau Raja Zul Qarnain, seorang yang adil lagi bijaksana, dianugerahkan kepada Baginda kuasa memerintah dunia. Maka Baginda mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk mengajak manusia menyembah Allah Taala dan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Hinggalah Baginda sampai di suatu kampung yang sentiasa diselubungi dengan keta-kutan seragan dan ganguan gan-as Yaajuj dan Maajuj.

Maka Baginda pun menolong penduduk kaum tersebut dengan membina tembok yang tinggi dan kuat untuk menghalag Yaajuj dan Maajuj keluar dari penempatan mereka seterusnya membuat ker0sakan dan kegan-asan di atas muka bumi.

Di sini Allah datangkan penyelesaian dan kaedah bagaimana hendak menghadapi fitnah kuasa pemerintahan ini. Islam tidak melara-ng manusia daripada memegang tampuk pemerint-ahan tetapi Allah meletakkan syarat apabila kita telah diamanahkan untuk menunaikan tanggung jawab tersebut, iaitu melalui ayat 103 dan 104 dari Surah al Kahfi:

(قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا) آية 103و104.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling ru-gi amal-amal perbuatannya?(103)
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyagka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. (104)

Untuk selamat daripada fitnah kuasa pemerintahan hendaklah hati sentiasa Ikhlas kerana Allah Taala dalam beramal dan sentiasa mengingati hari pembalasan kelak dalam apa jua tindakan.

Kesimpulan:

Jadi, dah nampak tak bagaimana surah al-Kahfi boleh menjaga dan melindungi kita dari fitnah Dajjal?

Surah al Kahfi diakhiri dengan ayat penutup yang memberi peringatan kepada manusia bagaimana hendak selamat dari semua fitnah yang telah disebutkan sebelumnya iaitu dengan mengingati hari Akhirat.

(قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَاإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ) آية 110
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (110)

Diharapkan selepas ini, apabila membaca surah al-Kahfi, janganlah sekadar membacanya begitu saja. Fahamilah mesej yang ingin disampaikan dan paling penting, cuba untuk amalkan!.

Semoga kita istiqamah melakukan amalan soleh, ikhlas kerana Allah Taala dan memastikan ia menepati sunnah dan panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW tanpa membuat dan mereka-reka ibadah-ibadah baru yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Sama-samalah kita melazimi membaca surah al Kahfi yang paling kurang sekali seminggu, semoga Allah menyelamatkan kita dari fitnah akhir zaman dan Dajjal لعنة الله عليه……

Insyaallah. 

 

SALAM JUMAAT SALAM PENGHULU HARI…

Sumber : Melayu akhir