Tidak din4fikan kicap Habhal’s Cap Kipas Udang merupakan antara jenama kicap yang popular di Malaysia untuk sekian lama.
Produk yang cukup terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia itu dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak dari tahun 1987 lagi.
Tidak memerlukan ‘cheap marketing’, jenama cap Kipas Udang terkenal dengan kualiti rasanya yang enak.
Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Abdul Rahman Mohamed tampil mengulas isu yang mana terdapat kalimah ‘Allah’ yang tertera pada botol kicap yang dikeluarkan oleh keluarganya sendiri iaitu Datuk Haji Ahmad Bin Haji Abdul Lathief.
Menurutnya, nama Abdul Latheif yang ditulis dalam tulisan Arab/ Jawi adalah daripada dua kalimah iaitu ‘Abdu’ dan ‘Al Latheif’. Perkataan ‘Al Latheif’ merupakan salah satu nama Allah SWT dan ‘Abdu’ bermaksud hamba.
“Nama Al Lathief jika ditulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertakluk pada hukvm memuliakan kalimah-kalimah yang baik, namun apabila ditulis dalam teks Arab ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan di tempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah,” jelasnya lagi.
Walaupun perkara tersebut masih dalam perbincangan, sebagai langkah selamat, Ustaz Abd Rahman menasihatkan agar pengguna meng0yakkan label yang tertera nama Allah SWT terlebih dahulu sebelum dibuag ke dalam tong sampah bagi mengel4kkan daripada hukvm tidak memuliakan nama Allah SWT.
“Meskipun perkara ini masih ada argumennya, dinasihatkan apabila anda mahu mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dik0yakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengel4kkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT,” jelasnya .
Melihat pada ruangan k0men,rata-rata pengguna mengucapkan terima kasih di atas peringatan yang diberikan.
Ramai yang menga-kui sudah beberapa kali membuag botol kicap terbabit tanpa meng0yakkan label kalimah Allah itu terlebih dahulu kerana baru mengetahui perkara tersebut.
Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat agar pemilik produk menukarkannya kepada tulisan rumi bagi mengel4kkan kejadian seperti ini berulang.
Menjawab persoalan itu, dalam satu hantaran berlainan di Facebooknya, Ustaz Abd Rahman mengatakan pihaknya juga
sedang megusahakan perkara terbabit kerana penukaran label yg telah sekian lama digunakan apatah lagi yang mempunyai mohor Trade Mark bukanlah perkara mudah.
Beliau juga menjelaskan tulisan nama penuh Pengasasnya dalam bentuk Arab Jawi telah tertera semenjak awal dikeluarkan puluhan tahun yg lalu kerana terlepas pandang tanpa disedari oleh generasi terdahulu.
Beliau sekali lagi memohon agar botol kicap yg telahpun ada dirumah para penggemar dan pelanggan ketika ini tidak dibuang sembarangan sebelum bahagian yg tertera nama Allah tersebut ( lihat gambar) dik0yak atau dipadamkan tulisan itu dengan marker.
Apabila perkataan tersebut sudah tidak dapat dibaca maka tidak lagi dikira sebagai ayat atau nama Allah yg mulia.
Sumber: Facebook Abdul Rahman Mohamed via Odisi