“Ramai keliru, bukan semua masjid jadi PPV, suntik vaksin bukan di ruang solat “

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ,Datuk Ahmad Amzad Hashim dalam satu kenyataannya menegaskan pr0sedur operasi standard (SOP) yang dibuat oleh Badan Bertindak Imunis4si COVID-19 (CITF) Kebangsaan telah menetapkan bahawa ruang solat di dalam masjid tidak boleh dijadikan sebagai tempat svntikan vaksin COVID-19.

Beliau menjelaskan lagi, mengikut garis SOP yang ditetapkan, pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di mana-mana masjid ialah sekiranya masjid tersebut mempunyai kemudahan yang bersesuaian untuk dijadikan PPV seperti bilik kuliah, perpustakaan dan klinik masjid.

“Jika masjid yang mahu digunakan tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai, ia tidak akan dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, masa-lah PPV masjid berbankit setelah ada negeri yang telah memulakan program ‘outreach’ di masjid, tanpa merujuk SOP yang ditetapkan CITF.

“Lalu terseb-ar gambar ruang solat digunakan untuk tempat sunt1kan. Malah ada masjid yang gunakan ia sebagai ruang menunggu, dengan disusun kerusi.

“Sebaik menerima maklumat ini, saya telah menghubungi Exco Kesih-atan negeri berkenaan, memaklumkan supaya diambil langkah pembaikan untuk mengel4kkan gambaran negatif, yang mer0sakkan usaha murni ini,” katanya.

Katanya, beliau sendiri telah turun padang memberikan tegu-ran dan pegawai kesiha-tan memberi alasan, penggunaan ruang solat itu disebabkan tidak ada ruang lain yang sesuai dan lapang, untuk dijadikan tempat sunt-ikan di masjid berkenaan.

“Saya maklumkan alasan itu tidak boleh diterima. Kita bukan minta setiap masjid buka (dan djadikan) PPV. Kita ada lebih banyak lagi jenis PPV lain yang boleh dibuka seperti dewan orang ramai, balai raya dan klinik kesih-atan,” katanya yang telah mengarahkan supaya kesila-pan yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Sumber: Wilayahku